Saturday, May 15, 2010

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Lokasi : Putrajaya

Tujuan utama ke program ni ialah sebab nk tgk pertandingan barat. Kumpulan Dikir Barat Kijang Mas mewakili UPM (?). Buatlah apa2 yg patut. Kebetulan Aiman adalah cikgu dikir opis aku sempena majlis ulangtahun hari tu. Orang berbudi kita berbahasa kan?

Pegi ngan Cik Matahari, Cik Wanie bersama ma dia dan juga Yus. Eh lupa plak skali ngan En. Anuar (sebenarnya dia yg lebih2 nk tgk dikir ni).

Cerita pasal dikir barat tu ketepikan dulu, sebab banyak gambar dan video nk upload. Yang pentingnya ini.

Gambar 1 : Aku curi2 amek gambar

Gambar 2 : Aku tak perasan laki aku depan dia. Skali laki aku bgtau aku tgh curi amek gambar.




Akhirnya dapat gak bergambar betul2....

Korang tau sape ni? Tak payah citer la. Kalau kenal2..kenal la kan..

Sorry kpd Remy Ishak, Zulhuzaimy... setakat ni korang pun takleh nak lawan. (ini ranking aku yg punyaaaaaa................sukati aku la).




Sekian.

Friday, May 7, 2010

.................

Hari ini kita bernyawa
meniti batas usia
tergelincir jatuh
mungkin bangun sendiri
dipapah andai parah
diubat andai sakit
dibentuk indah berkuntum mekar
menitis keringat berganti darah

Kalau sepi itu mati
lama sudah dia tiada
Sepi yang tiada siapa tahu
Gundah jauh di dalam dada
Girang ada saja
tapi kadang-kadang girangnya tak indah
Siapa tahu?

Tangan yang menepuk bagi lena
Kaki yang menapak bagi siap
Mata yang celik bagi kau lelap
Mulut yang bising untuk kau selamat

Kalau benar dia benci
lama sudah kau dipicit sampai mati
kalau sungguh dia marah
lama sudah kau ditempik sumpah seranah

Kalau kau rasa hebat diri
Kau fikir dari celah mana keluarmu!

Selamat hari ibu!


-bungaCahaya-
dari Sifar ke Infiniti


---------------------------------------------------------------------

Satu hari nnt perempuan yg berbuat begini akan jadi ibu lagi kah? Mampukah dia?

Monday, May 3, 2010

Mari beli periuk belanga dan parang dan toto (bukan toto judi) bunga kering kopok lekor sos colek bla bla bla bla II

Perjalanan diteruskan (dgn satu syarat oleh ketua bas - takde berenti2 lagi dah). Wahhh seksanya rasa nk keluar dari area Pantai Timur ni. Rasa dh berjam-jam, signboard Kuantan pun tak nmapk lg. Apatah lg signboard KL. Tp semua dalam mata dh cerah sbb dah makan tengahari kat Kemaman. Topik utama - mahallllllllll la makan kat situ. Kpd sesama yg biasa kat Kemaman; makan kat Hentian Bas tu mmg mahal ker? Ada yg makan sorang smpai RM16 (lauk ikan + ayam). Aku plak makan sotong sekor (sedap la gak) ngan ulam + air teh ais = RM9. Tp dh makan, nk kata ape lagi.

Tak silap aku dekat kul 7 pm berenti lg (hehehe..kata tak stop dah). Kali ni kat R&R Temerloh utk maghrib. Dalam kul 8 gak baru sambung perjalanan.

Masuk Kl, jalan agak sesak tp masih lg bergerak. Masing2 dh mengeluh kepenatan (huh..tau penat!). Hanphone masing2 pun dh berdering-dering. Anak call, laki call, bini call, bf/gf call. Ye la...dari tghari td kata sampai kul 6 pm, jd kul 8 pm. Pastu up lg kul 9 pm. Skali kul 10.30 pm baru masuk kampus Serdang. Hehehehehehe.....

Sukses...sukses...

Mari beli periuk belanga dan parang dan toto (bukan toto judi) bunga kering kopok lekor sos colek bla bla bla bla

Ini adalah entry yg akan cover dari hari Khamis (29 April 2010) hinggalah Ahad (2 Mei 2010). Kenapa? Sebab dari Khamis malam aku bertolak ke Trengganu bersama 3 bas rombongan utk perhimpunan Hari Pekerja 2010 peringkat CUEPACS. Perjalanan sangat jauh dan sangat lama. Dan sangat penat. Dan sangat mengarut. Dan sangat fun hoye hoye...

Actually bas bertolak jam 10 mlm. Disebabkan malas nak balik umah, aku bwk siap2 beg. So petang tu aku terus stay sampai malam. En. Anuar dtg dlm kul 7 pm. Pas Maghrib kami dua g makan. Then En. Anuar hantar aku berkumpul di lokasi yg ditetapkan. Jam 10 pm bas memulakan perjalanan.

Fakta rombongan :

Anjuran Persatuan Pekerja dan jumlah ahli rombongan lebih kurang 100 orang (3 bas) dan 80% adalah senior staffs @ akak-akak dan makcik-makcik ler yg menguasai bas.

Perjalanan adalah melalui Kelantan sbb diorg ni sumer nk bershopping di Rantau Panjang (errkkk...bukan asalnya rombongan Hari Pekerja ke?). Anyway slps melalui perjalanan yg sgt panjang sepanjang malam, kami sampai di Rantau Panjang dalam jam 10 am. Jadualnya sungguh mengagumkan aku. Berjalan dan bershopping lah sehingga muntah ijau dari kul 10 am- 3.00 pm. Wahhhhh... harus lah kan duit bawak beribu-riban.

Aku? Takde maknanya la. Cuma aku beli selai baju yg aku terus pakai kat kedai tu gak (panas okeyyyy tak mandi dari malam). Then beli dua helai tudung sbb aku mmg tak bwk tudung. Heheheh. Selebihnya aku berjalan sambil mmbantu mereka yg memerlukan (bwk barang la weeeiii). Antara hasil yg dpt aku lihat ialah :

Periuk belanga
Bunga2an
Baju
Toto (comforter)
Parang
Tikar
Selimut (harus ker?)

Bas aku jer...jgn terkejut ok. Sebelah tmpt beg kt perut bas tu ialah toto dan periuk belanga. Herrmmmm....

Dlm jam 3 pm kami bertolak terus ke tmpt penginapan di UMT. Kepenatan (?) dan kemudiannya terus siap pula utk welcoming dinner bersama kerajaan negeri.

Sabtu - barulah agenda sebenar. Perhimpunan Hari Pekerja 2010 anjuran CUEPACS dihadiri Menteri Sumber Manusia.

Tapi tajuk utama masih tak berubah. Lepas perhimpunan yg berjalan cuma 3 jam kot..terus plak ke Pasar Payang. Hahahahahahaha...borong kopok dan batik sutera okeyyyy skali ngan resit utk claim jgn luper. Aku sungguh kagum dan takjub dgn kekuatan akak2 makcik2 yg boleh berjalan selamba berbatu-batu dgn menjinjit beg kopok at least 5 kilo sorang. Tapi belum beli lagi kopok lekor basah tu...sebab "Jangan beli kat sini duluuuuu...sok otw balik kita singgah plak kat Losong ngan Kemaman. Sana lagi freshhh...nnt busuk plak dlm bas beli awal2". Yerrr..pesanan dari ketua rombongan.

Hari Ahad balik. Tapi jam 830 am sudah berkampung di tmpt kopok lekor plak. Wahhh situ je dekat 3 jam. Gamaknya tokey kilang kopok tu rasa nk peluk cium buat menantu driver bas kitorg sbb bawak ahli rombongan singgah situ.

Jam 11 am barulah bas ala2 bergerak nk balik. Tp sempat lg singgah di Kemaman. Selain lunch dan Zohor, beli satar la plakk.... Adussss.....takjub..takjub...


To be continued...

Tuesday, April 27, 2010

PUSPAWANGI HALIM YAZID KENCANA PUTRI

Sempena mengambil feel dan mode kumpulan Dikir Barat Puspawangi, aku nk share video di bawah ni.


Ini antara feveret aku. Walaupun 80% aku tak paham, tapi aku rasa suka. Sukati aku la.

Terima kasih daun keladi kepada Aiman & the gang yg sudi ngajar akak-akak awek-awek Puspawangi yang tak tahu mende pasal dikir barat ni. Sorry la sbb kami ganggu time awak semua nk exam. Sorry jugak la kan sbb membuli awak dgn gembira. Kan Kak Yah?

Ada sesapa minat nk belajar dikir Aiman & the gang boleh ajar. Hehehehe.

Tinggal sehari je lagi training; hari Isnin. Makanya sekarang ni dh rasmilah nama Puspawangi sbg kumpulan dikir barat kita!

P/S : Kak Az..bilo mu nk upload video training ni?


Dannnn akhirnya aku jumpa gak video budak2 Sek. Men. Taman Dato' Harun ni. Hahahaha...Suka...suka... Time ni tahun 2003 aku tak folo. Aku folo sbg pengiring a.k.a tukang gosok baju tak silap tahun 2001 atau 2002 kat Perak. Ni lah satu2 nyer team pompuan yg bertanding. Tak silap aku 3 tahun berturut diorg wakil Negeri Selangor. Yg bestnya diorg ni gak yg perform time kenduri kawen aku kat PJ. Budak2 ni ade yg dh kawen beranak pinak dah pon.

Sunday, April 25, 2010

Harapan Tanpa Suara - Kempen Kami Prihatin

STicKY MOde lagi...



Inilah video yg aku nak share. Lama gak nk tggu keluar kat Youtube. Anyway, kempen ini hanya setakat kempenkah?

SUNGGUHHHHHHHHHHHHH MALAS MAU TULIS


Kampung Sama Gagah, Selinsing, Perak. Kampung asal mak aku. 2 tahun dh tak balik.


Poyo!


Fruit basket for a friend's engangement. Kak Yah.. I talented tau..hahahaha...


Gambar nih aku penah antar kat Eric Leong utk Deko Bersama Eric. Tp tak terpilih pun. Hampeh (hampa)! Dah lawa kot. Wakakakaka...


Ini gambar ketika masuk aktiviti PERMATA..
permainan tradisional tp semua game kalah. Huhu..


Saturday, April 24, 2010

MODE MALAM INI : SURIRUMAH

Hahahahah... seb baik ari ni aku keje sampai kul 3 pm je. Baru ar nmpak siang kat umah. Kalu tak malam jer. Dah dekat 2 minggu balik malam, aper cerrr?

So hari ni bersempena malam minggu, aku (no..no..no...bukan berpoya-poya)..aku mau jadi surirumah. Hahahaha mau masak basuh kain lipat kain mop lantai kemas dapur basuh toilet gosok baju susun baju bla...bla...bla...

Mau gambar bukti mode surirumah ka?

Bahaya denjer............


Tuesday, April 20, 2010

BILA APRIL


Bila April berlabuh pergi
Aku masih di sini
Menunggu Mei
bukan mudah
Habis...
























Ape hal?!
Sukati aku la...



KAMI PRIHATIN





Mulanya aku tak minat pasal kempen ni. Bagi aku kempen ni hanya hangat2 tahi ayam, menggalakkan kes berulang, promosi percuma pada org2 gila di luar sana; malah mungkin juga sumber inspirasi pada bakal pelaku. Sial kan?!

Apa pun setelah difikir-fikirkan, mungkin ini satu cara. Mungkin masyarakat dah sedar. Mungkin belum terlambat. Mungkin ini permulaan. Mungkin ini cara yg sesuai. Ya... banyak lagi kemungkinan.

Cuma bagi aku, tak rugi kalau kita menyokong kempen ni. Ia bukanlah sesuatu yg perlu dihuraikan panjang lebar secara peribadi. Ia perlukan pandangan semua; dari semua segi, dari semua hala dan dari semua yang pakar dalam bidang masing2. Polis? Psikiatris? doktor? Kaunselor? Ibu? Bapa? Remaja? Guru? Menteri? Diri sendiri? Ya...semua. Kalau jadi pada orang itu, mungkin juga akan jadi pada kita kan?

LAGU TEMA KEMPEN KAMI PRIHATIN

Harapan Tanpa Suara

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Ciptaan S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan


Cuma satu; lagu tema perlu ker? Mungkin boleh mula dengan doa kot?