Monday, April 19, 2010

PTKay ok ok ok

PTk? Penilaian Tahap Kecekapan. Tau? Tak tau maknanya anda keje swasta. Ni mende2 sumer org gomen je yg biasa dengar.

So tadi dh selesai presentation PTK. Group presentation bersama 3 org ahli yg aku baru kenal. Kak An, Kak Enon dan Intan. Tajuk skema tahap KLCC : Tindakan2 sebelum, semasa dan selepas majlis rasmi diadakan. Haruskannnn tajuk giteww...?

Presentation dalam bentuk powerpoint udah siap, selepas 3 juta kali betul2kan, tambah sana sini, tukar itu ini. Alahhh...ade dalam 12 slide je ponnn. Hahahahahha... Tapi nk memasukkan sumer benda dalam masa 15 minit bahagi plak ngan 4 org, aper je la yg aku dan kawan2 nk jawab.

Bagi akak yg berdua tu, inilah peluang diorg utk menikmati duit pencen yg lebih sket, ye lah kalau lulus cemerlang, ade la anjakan gaji lagi sebab diorg ni baru dapat kenaikan pangkat. ye...di hujung tahun perkhidmatan mereka. Bagi Intan plak, ni 1st time dia amek peksa. Huh! Gelabah lebeyyy minah tu. Bagi aku, hahahahahha inilah siaran ulangan kali kedua untuk modul baru ini (ini pun hanya org gomen je paham) selepas 4-5 kali mengulang (benak kerrr?). Last time aku amek penulisan, lulus tapi tak cemerlang. Kali ni aku try buat presentation plak la. Ntah. Aku rasa aku ok kot kalau nk bercakap depan panel. Hehehehe takut terbabas tak reti berenti jer. Dan; this is my last chance utk naikkan gred aku kpd cemerlang. Pasni kalau sangkut gak; tunggu je la kekdah2 lainnn......

Slot kami jam 230 petang dan kami dh menunggu dari jam 2 lagi. Suspen gak sape la jadi panel kami. Aku bab goreng menggoreng karut mengarut ok jer. Tp kang buatnya kena soal mende2 fakta; haruskah aku kelepet klentong gak? Heheheheh...siannn group members aku. Hihiihihihi. Cam gaya aku prepare lebih. Tp aku dah setting nak cong je ape2 yg patut.

Bila dipanggil ke bilik mesyuarat tu, panel kami ialah seorg pegawai tadbir dan seorang lagi ialah Tuan Kaunselor. Hehehehehe suker la aku. Sebabnya panel yg cool membawa kpd karutan aku yg cool gak. Aku amek 2nd part of the presentation, ttg persediaan sebelum majlis rasmi. Goreng Joy...gorengggg......hahahhahaha ala2 berlagak kertas kat tangan aku letak tepi jer. Plan asal Intan akan control laptop, tapi at last aku wat sendiri je...dari awal sampai turn Intan tutup pembentangan tu. Heheheheh ala klik klik je ponnnn... Masa 15 minit skali ngan soal jawab lebih kurang dalam 5 minit; makanya tamatlah seksa.

Untungnya aku sebab selalu terlibat dgn persediaan majlis rasmi; tak kiralah kerja buruh kasar ke, kerja seni ker, protokol ker, kutip duit ker...bila buat itu ini sikit2 makanya banyak lah benda aku tau. Explain spontan ala2 marbelesss giteww tau. Hahahahahhaa...berlagak! Yang pastinya td aku citer ape2 yg aku biasa buat la. Tarak kincing punya tau...tp panel nk terima atau tak, tak tau la aku!

Hal-hal mcm ni la membuatkan aku tak berapa ade heart nk cuba2 mintak pindah tempat lain. Hehehehhe...kat sini peluang utk buat mcm2 perkara (bukan buat mcm2 hal okayyy) terbuka luas. Aku suka jer...buat keje tak terjangkau dek akal. Hiihihihihih...contohnya mengesan bau bangkai tikus (hahahahahahahah.... seriyes ni weiii!). Takde saper suruh pun, aku je yg bodo nak wat. Hahahahahahahahaha...sungguh bnyk gelak dlm entry ini.

Korang caya tak aku brani guna pc (komputer) bila umur aku dah 20 tahun. Sape suh lecturer matrik law dulu suh students beli typewriter elektrik kan? Pastu berani guna laptop setahun lepas tu. Giler punyer prakkk....Tau naper? Sbb aku takut kalau salah tekan, abesss hilang sume mende dlm tu. Hahahahahahha... kelakar kan? Tapi skrg aku guna pc mcm tokey kedai mesin judi jer (cmner tu? tak tau? kurang pengetahuan korang niiiii...).

En. Anuar takde skrg ni, so boley la aku konker pc ni. Hahahahha...taip lagiii.....ape lagi mau tulisss.... pakcik tu melepak tak ajak aku. Takper2... tunggu la aku pegi Trengganu nnt. Tinggal la 3 hari sorang2 kat umah.

Sok berlatih dikir lagi...suker suker suker..... Cik Raksasa Mini, mari kita berdikir esokkkkk!!!!!!!!!!!!

Nilai murni jadikan budaya
Etika diri amalan kerja
Bersatu hati tekad usaha
------------(ape ntah aku tak ingat)


Friday, April 16, 2010

DIKIR BARAT dan "SENSE OF BELONGING"

Institut akan mengadakan sambutan ulangtahun hujung bulan ni. Jawatankuasa program memutuskan untuk mempersembahkan dikir barat sebagai salah satu acara dari staf. Ok...aku sebagai staf yg taat setia mengikut ajer. Lagipun dikir barat adalah salah satu "benda" yg aku minat.

Kami mulakan latihan sejak semalam. Terima kasih kepada Kelab Dikir Barat Universiti yang memberi kelulusan meminjam set alat muzik dikir barat. Dan juga kepada Aiman (yg mmg tak kesahh), dari Kelab Dikir yang sudi mengajar kami. Beliau pelajar jurusan pertanian tak silap saya. Sudi pula membawa dua org kawan melatih kami yg tak tahu punca nak berdikir.

Bukan ingin menghurai panjang2 ttg dikir barat, tetapi ada org pelik bagaimana aku yg bukan orang Kelantan (aku lahir di N9, besar dan sekolah di Selangor, kawen ngan org PJ) boleh minat dgn dikir barat. Malah masa kenduri kawen dulu pun siap ada persembahan dikir barat.

Semoga dengan persembahan dikir barat ini, akan mewujudkan "sense of belonging" di kalangan rakan-rakan sepejabat. Mungkin dah ada, perlu dikuatkan lagi. Kalau tiada, semoga akan ada selepas ini. Perbaiki segala-galanya sebagaimana kita perbaiki melodi, bunga dan muzik dikir barat itu. Tak mungkin sempurna, at least kurang celanya.

En. Anuar pun sebok je datang masa kami training tadi. Aku tau dia dh lama tak berdikir. Gatal tangan lah tuu...

Dikir barat jugak salah satu perkara yang menemukan aku ngan dia. Hehehehehe.

Anyway, kalau ader kawan2 yg nak amek feel dikir..leh la pegi ke link ni http://dikirbarat.net/


Sunday, April 11, 2010

GATAL

Wahhhhhh............jenjalan ek...

Balik penat tapi En. Anuar terus pegi lepak kedai mamak plak.

Aku? Suka la sbb bulan ni tentera merah menjajah tanpa rasa sakit.

Tajuk tak relevan?

Haruslahhhhhhhhhhhhhhh.............sebab tgh penat. Daaaaaaaaaaaa....

Sunday, April 4, 2010

1st day @ Langkawi

Sampai jam 1.00 tengahari di Langkawi Airport. Dalam keadaan mengantuk dan lapar. Cuaca sangat baik. Terus dapatkan kereta sewa dan drive cari lunch di tempat biasa.

Lepas lunch, terus check-in. Kali ni Best Star Resort & Motel. Dengan harganya, bilik adalah berbaloi. Walaupun tiada seaview, tapi masih di tepi pantai.

Masih belum ada rasa nk mandi laut. Jalan2 di tepi pantai dan drive ke Aseania Hotel, jumpa dgn kawan2 lain. Mereka lebih suka di sana sebab ade swimming pool. Senang nk tgk budak2. Lepak sampai petang dan malam ni kunun nak g dinner ramai-ramai.

Kali ni aku datang ke sini untuk;

makan
tidur
dan mandi laut

So tak tau samada ikut aktiviti shopping atau lain2. Tadi jumpa sebuah kedai buku bernama "BookShop". Mahu dapatkan something di sana. 2nd hand novel dgn harga agak ok.

Kalau rajin aku jengah blog lagi. Di sini sehingga 6 April.

Daaaaaaaaaaaaa..................

Saturday, April 3, 2010

PAGI SABTU @ RESTORAN MAHBUB

Pagi Sabtu aku bermula dengan meneman En. Anuar ke Bangsar. Ada barang yg dia kena hantar pada customer. Merempit je...rasa tak berbaloi naik keta. Malas nk singgah sarapan di West Country; kitorang terus je ke Bangsar. Hantar barang sekejap je, then terus cari kedai mamak sebab rasa macam nak makan roti banjir.

Di Bangsar takde masalah nk cari kedai mamak. Kitorang masuk satu kedai namanya Restoran Mahbub betul seberang jalan dengan Bangsar Village. Order makan dan En. Anuar terjumpa sorang kawan yg dh lama tak jumpa. Kawan yg aku konpius sket statusnya. Namanya Abang Mazlan. Duda. Umur aku rasa dalam 53-55 tahun kot. Tiap kali jumpa selalunya dia pakai baju putih mcm pemandu teksi. Tapi khabarnya dia bisnesman. Ntah aku pun tak tau dia keje apa sebenarnya.

Hampir selesai minum, sorang makcik tumpang duduk di tempat kami. Silalah...dia tgh tunggu makanannya dibungkus. Makcik ni bertongkat bertudung sweet aje senyumnya. Pertemuan singkat tapi dia sangat ramah. Pencen kerajaan; sekurangnya pegawai tinggi sebab selalu ke oversea dan cakap omputih jerr. Suaminya pencen pensyarah. Anak sulung di oversea. Kerja dan kahwin dgn org putih katanya. Dia tak abes2 bersyukur sbb katanya anak perempuannya dapat suami org putih yg lebih Islam dari org melayu. Pemandunya (yg juga tolong bungkuskan makanan) ialah Balan, lelaki India yg sangat baik katanya lagi. Sebab dia takut bawa cash banyak2, Balan pulak yg selalu dulukan duit. Yang paling aku ingat, sebelum dia bangun;

"Kalau kita tak berkira dengan orang, Allah akan buka hati org lain utk kita"
"Kalau kita tolong org dgn ikhlas, Allah akan bantu kita melalui org2 lain di sekeliling kita"
"I hope some of my experiences may help both of you"

Hermmm... bagus kan pagi2 Sabtu dapat nasihat camtu. Dari stranger plak tu.

Friday, April 2, 2010

Holiday @ April

I'm going somewhere hari Ahad ni.

Mau tidur, makan dan mandi laut puas-puas.

Supaya balik dari holiday aku tak malas.

Tuesday, March 30, 2010

Hehhhhhhhhh!

Kalau sekarang aku keje loyer...

1. Gaji kurang-kurang 6-7k kot...ye ke?
2. Bawak Camry giteww....wahhhhhh...........
3. Ade motorbike sebijik...hambooiiii......
4. Takyah tunggu ujung bulan aku shopping2 gamaknya........
5. Setahun 2-3 kali g holiday lerrr.....
6. Skrg dh bukak firm sendiri tuuuu...............
7. Tahun ni sambung PhD kat UK kihkihkihkih......
8. Duk kat kondo yang kat bawahnya ade Carefour tu.....
9. Lama dahhh mak pak aku g Mekah....
10. Aku kawen ngan sape ek?...

Tapi tu kalau aku jadi loyer la...udah masa belajar taknak buat betol2...loyer mendenya JoyahSport oiii. Itulah yang akan aku buat kalau aku boleh pusing balik masa. Nyesal? Yup..kadang2...tapi skrg?Aku takde hal. Kalau aku kerani pon, abesss?Tetap kena keje.Jadi loyer pun kena wat keje gak, agaknya teruk lagi kot.

Jadi...anda sudah ada kerja? Buatlah kerja anda. Jangan malas2...jangan ngelat2...jangan merungut.

Jadi...(sekali lagi)....Joy! Jangan malas2.....Ape malas sangat ko skrg ni!

Saturday, March 13, 2010

Refresh

Bukan merajuk terasa hati
Bukannya luka tertusuk duri
Senyap bukan makna berhenti
Diam bertenang mencari diri

Sekian.

Sunday, February 28, 2010

Al-Fatihah untuk Syafia Humaira Sahari

Anak ini umurnya 3 tahun. Tapi...

1. Bapa kandungnya dalam penjara atas salahlaku jenayah.
2. Ibu kandung duduk bersama teman lelaki (?) dan anak-anak dan khabarnya mengandung pula 4 bulan (tanpa nikah?).
3. Teman lelaki ibu kandung baran, mabuk, ganas (kenyataan wanita itu sendiri)...tp dia ngandung gak anak jantan tu.
4. Mati didera dengan kesan cedera lama dan baru (konsisten) dan di hari kejadian dia disepak terajang di tepi padang bola.

Ok...aku emo lepas follow kisah Syafia ni. Kalau aku dh ada anak mungkin umurnya akan sebaya dia. Tapi aku takde anak. Orang yg ada anak buat perangai macam lahanat! Teringat aku mula berblog kerana kisah Nurin Jazlin.

Aku senaraikan orang2 yang ketara bodoh dalam kisah ini.

1. Ibu kandungnya...bodoh terunggul! - Allah dh jauhkan kau dari suami penjenayah, kau kawan pulak dgn lelaki yg lebih kurang sama tolol! Aku rasa tak mustahil ko jdi org pertama pergi melawat jantan tu dalam penjara.

2. Bapak kandung Syafia tu pun kategori bodoh gak. Buat anak je pandai!

3. Jantan yg bunuh Syafia tu bodoh kategori LAHANAT. Kalaulah ada org2 dalam penjara baca kes ni...korang sepak terajang la mamat ni dalam sel. Pastu suntut je ngan apa2 yg patut.

4. Ahli keluarga, masyarakat, org kampung...mana semuanya? Kerajaan Malaysia amacam? Hari tu baby kena bakar kecoh sekejap. Sekarang?!!!!

5. Aku pun bodoh gak....tak pernah terpikir hal mcm ni boleh menjadi sgt sadis di Malaysia yg AMAN, DAMAI, TERBILANg ni. Salam 1Malaysia!

Paper hari ni ade tulis pasal Menteri YB Shahrizat Jalil nk g jumpa mak arwah. Buat ape? Sah2 dia akan citer nyesal la...sedih la...chiiittttporahhhhhhhhhhhh!!! Pastu dapat bantuan.

Selamatkan je abang si Syafia tu..umur dia baru 7 tahun.

Wednesday, February 17, 2010

Sekeh kang!

Demam
Urine infection
Sakit kepala
Sakit belakang

MC : 8 - 12 Februari 2010
Cuti weekend & CNY : 13 - 16 Februari 2010
(Cutilah sehingga gila!)

Menu : Zinnat, Unasyn, Ural, Rowatinex, Panadol
(sila makan sampai muntah hijau...hahahah)