Monday, December 28, 2009

Mari Berpantun - PANTUN BUDI

Penuh air di dalam kendi
Basah selendang atas penyidai
Jangan penat menabur budi
Walau yang datang ombak dan badai

Terbang tinggi anak kedidi
Helang terbang berjelai-jelai
Banyak budi perkara budi
Layakkah tuan untuk menilai?

Lemah gemalai tari puteri
Hiburan panglima pergi berjuang
Walau dihitung tak cukup jari
Habis madu sepah dibuang




Tetiba jer tau I nak pantun-pantun gitewwww.... lama dah tinggal ni.


Saturday, December 26, 2009

KOREK PASIR DAN KILANG PAPAN DARI SIFAR KE INFINITI

Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4

Apa yang korang nampak dalam gambar2 di atas? Ok kamera aku cap ayam jer so gambar tak clear.

Gambar 1 hingga 3 - Sungai yang ada aktiviti korek pasir. Tengok betul2 kehadiran jentera pengorek dan lori pasir.

Gambar 4 - Sungai itu adalah berhampiran dengan sebuah kilang papan. Kilang ni dah lama ada, sejak zaman aku kecik2 lagi. Makin lama makin besar.

Jarak antara sungai dan kilang pasir ini jaraknya lebih kurang 1 kilometer je dari kawasan perumahan (tengok gambar 1,2 & 3 ). Gambar ni aku shot dari umah aku tingkat 9. Rumah aku sekarang ni amat mudah berhabuk. Aku rasa dari asap kilang papan tu. Bayangkan time panas terik dan berangin asap dari kilang tu sampai umah aku pun kadang2 bau. Umah teres yang dekat bawah tu aku tak tau la plak apa masalah yang diorg hadapi.

Sebenarnya post ini bukan sekadar edisi siasat tentang korek pasir dan kilang papan jer. Tapi malam td aku balik umah dalam kul 230 am. Bila nak tido aku terperasan bunyi muzik yang kuat tapi sayup-sayup. Bila dengar bertul2...bunyi lagu dangdut. Yup konfem dangdut dan datangnya dari arah rumah kongsi di kawasan sungai dan kilang tu. Yang dasatnya..bunyi tu berlarutan sampai petang tau...dalam kul 3 pm masih ada lagi malah lagi galak dengan jerit sorak-sorai lagi. Lagu? Konfem dangdut.

Jadi? Sebenarnya apa yang berlaku di sana? Kilang haram? Korek pasir haram? Pendatang haram? Disko dangdut haram? Ntah2 ada plak pusat pelacuran. Mana kita tau kannn? 10 tahun dulu, kawasan ini tiada penempatan. Tiada taman perumahan. Tapi sekarang? Kita kena berjiran dengan aktiviti2 pelik ni ker? Di sekitar ni jer sekurang-kurangnya ada 3 kawasan rumah kongsi. Belom bahaya lagi kottttt?

Lokasi : Dirahsiakan...boleh agak2 la

P/S : Bro Mazidul ..amacam?



MENU TENGAHARI LAGI

Ikut arah jam : Tauge + carrot + fishcake (menu org tak mkn sayur hijau),
ikan goreng, sambal belacan dan kari ayam.


Ini makan-makan tengahari tadi. Makan? Sukses! Diet? Hampes!

SATURDAY NIGHT @ DOWNTOWN CHERAS


2 brader otai yang amat cool - one of them kata "kami keje sampai kul 2 jer. Keje kena ikut time. Ni keje kami tau...bukan main-main". Memang layannnn....

Dah lama tak jalan kat sini. Satunya sebab dh bosan. Ye lah masa mula2 tempat ni bukak rasanya seminggu sampai 2-3 kali pegi. Bukan beli aper2 pon...jalan-jalan je.

Anyway malam td pegi pun sebab En. Anuar ada semi-final karaoke. Burrrrr....bosan wehhh. Kul 1030 pm dah sampai, tp kul 12 baru start. Naseb la tempat tu happening as usual. Dan stall pun sangattttt banyak. Nampaknya skrg ni kasut Crocs dan pakaian jenama Paul Smith menguasai tempat tu. Ori tak ori aku no komen. Tudung2 ngan seluar baju semua jgn cerita la. Tempat macam ni can suck your money macam air tau. Sikit2... dalam masa sejam dekat 100 hengget terbang. Aku? Takde maknanya... jalan jer la. Taubat dah!

Disebabkan kebosanan, aku pusing la satu Downtown. Seb baik la adik aku ikut sekali. Abes la semua stall kitorg kacau2...heheheheh.. Antara yang menarik (bagi aku) ialah stall yg jual sticker macam wallpaper. Macam2 design ader...bunga2, kartun2, abstrak. 4 set RM10. Dan satu lagi yg aku rasa menarik (aku nk amek gambar tapi cam segan jek) - satu stall hairstylist (gunting rambut daaaa...). 1st - stall dia mmg simple; keliling dia gantung tirai cam anyaman tikar, lampu gantung n 2-3 kerusi. 2nd - hairstyler dia perghhh...mmg stylo! Sorang2 je mamat ni. Pakai spek Padini besar, topi baretta, apron yg poket2nya penuh ngan segala jenis gunting n sikat. Next time aku mmg nak amik gambar dia gak.


Friday, December 25, 2009

Keroncong Untuk Ana


Encik Anuar semasa final d'Muzik Shah Alam 20 December 2009.

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Kemana hilangnya keroncong
On cinta yang kita nyanyikan bersama
Atau pun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan sebelah saja
Ana 4x
Kemana hilangnya keroncong
On cinta yang kita nyanyikan bersama
Atau pun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan sebelah saja
Ana 4x
Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua pintu cinta untukku
Hingga ku termenggu
Tiada arah nak ku tuju
Membawa hatiku.

Nyayian : Kembara

Monday, December 14, 2009

BUKAN SALAH AKU




Hujan okeyyy...bukan aku saja2 nak cancel. Aku dh semangat giler. Malam td lg dh packing baju.

Ni lebat tau...hehehehehe...


Maka tak jadi la jogging.


kuwangkuwangkuwang.....

Sunday, December 13, 2009

MENU TENGAHARI



Sup daging, ikan kembung bakar dan air asam

Menu makan tengahari. Giler la.... mmg takde harapan la nak turun kg aku nih. Dah la tetiba je rajin masak. Hermmm...konpius...konpius....

Saturday, December 12, 2009

KISAH BUDAK LEPAS PMR LEPAK KAT TIME SQUARE

Jalan-jalan hujung minggu
Tiada apa yang baru pun
Cuaca panas..mengeluh
Hujan turun...mengeluh juga
disuruh duduk rumah
bosan
disuruh basuh pinggan
malas
disuruh lipat kain
ha?

Pakai baju putih
tulis di depan
"Saya sayang mak saya"
"I'm single"
"Bila nak couple?"
Tulisan jenis kartun-kartun
Italic huruf besar huruf kecik campur-campur
Rambut bergel
sikat senget tepi sebelah kanan
Seluar tergantung sempit
sekali pandang kaki macam Ronald McDonald
Alahaiiiiii.............

Naik bas turun kat Pudu Jail
Jalan sikit hala ke Time Square (TS je sebutnya)
Duit dalam wallet ada RM30
Ok la tu...
yang penting handphone ada kamera
Tangkap gambar sendiri depan TS
masuk dalam MySpace
Beli air mineral sebotol
dari kul 10 pagi sampai 6 petang

Yang aku takboleh blah....
Sampai rumah baju tak salin lagi
menggelupuh cari nasi kat dapur
goreng sendiri telur kicap
makan depan tv sampai tercekik-cekik
kan senang kalau hari cuti kau duduk rumah jerrrr...

KITA MUNGKIN DI SINI

"Bersyukurlah dengan kurnia dari Tuhan-Mu. Apabila Dia mengambilnya semula, pada waktu yang kita tidak jangka, maka syukur itu akan membantumu dalam menghadapi ujianNya. Sesungguhnya apa direncana olehNya ada hikmah tersendiri"

Kredit Berita Harian.


Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

WALIMATUL 'URUS


Kedua-dua gambar adalah ihsan dari En. Google

Hari ni ade jemputan kawin. X-officemate yg skrg sdg tgh tunggu posting mengajar. Lokasi kat Taman U, Seri Kembangan. Dah lama takde kawan2 yg kenduri kawin. Ini pantun kawin-kawin.

Wangi harum kayu cendana
Tempat hinggap burung tempua
Kalau dah jodoh takkan ke mana
Usia senja malam pun kan tiba jua

Kalau melur melur lah jua
Manakan sama bunga dahlia
Buat pengantin segak berdua
Doa kami moga bahagia

So nnt kalau rajin aku upload gambar ek... (janji palsu? hermmm...)