Tuesday, October 27, 2009

Kalau Joyah Jadi Loyer


Ada kawan-kawan aku yg bertanya nape kat FB aku ramai (banyak) corat-coret ala-ala lawyer gitewww.... Cam best jer kan aku sajer2 nak add lawyers as my friends. Takde maknanya ok..sungguh fake kalo cenggitu.

Kpd kawan2 yg tertanya-tanya itu; yg pastinya baru2 jer kenal aku; kesahnya cenggini....

Aku nih dulu pernah belajar Matrikulasi Undang-undang di UKM then sambung 1st year also di UKM and that was it. Setakat itu aja sebab aku belajar main-main (please study hard and smart yer to those yg di luar sana). Banyak la kenangan story-mory kat UKM ni. Lucky me sebab sehingga kini kawan-kawan aku di sana masih ingat aku, InsyaAllah. They called me Joy (Joyah Sport). That was my orientation name di Kolej (dulu kamsis) Rahim Kajai. Diorg ni ingat aku mungkin sbb aku jd class rep. for girls masa tu. Hahahahah...class rep. ni jugak lah yg tak abes belajar. Itu adalah masanya aku kenal dunia; kenal manusia dan kenal hidup. Wahhhh... memory lane gitewwww. Masa tu aku kenal dengan kawan-kawan yg luar dari comfort zone aku di BBB (arhhh mcm UKM tu jauh sangat). But seriously aku tak pernah ada kawan2 luar dari kawasan rumah aku.

Dan sekarang kawan2 aku ramai yg dh further study kat oversea. Some of them practice malah ada yg dah buka firm sendiri. Ada gak yg jadi cikgu okeyyyy.... Kalau aku habis study di UKM dulu, gamaknya skrg aku jadi lawyer ke?

Aku sekarang ni Puan Kerani jer...tp aku suka kawan-kawan lawyer aku ok jer dengan aku. One of them jd wedding planner aku lagi. Takde pun yg mendongak ke langit sehingga lupa kaki berpijak di tanah.

Okey?

-JoYahSpoRt-

Awie vs Akil Hayy

JANGAN SIBUK








http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20091027080659/Article

Lawak minggu ni - rocker vs x-rocker. Status : cerai bini pastu kawin lain. Rupa : Rambut sama panjang, janggut boleh tahan. Perangai? : No komen.

Tapi yang pasti, yg ostad tu diam-diam udah ler. Orang tgh nyampah ngan ko.

Sunday, October 25, 2009

INI TANDANYA UMUR DAH MENJELANG 30 YER

Kalau korang biasa dengan gambar-gambar di bawah ini, makanya jangan auta. Korang konfem next year bakal umur 28, 29 atau 30 tahun.







Aku takde benda nak update hari ni. Nak citer basuh baju 3 round dan lipat baju 2 bakul? Tok sir la weh.....

Friday, October 23, 2009

AKU KAH MEREKA

21 hingga 23 Oktober, aku bertugas sebagai urusetia di konferensi antarabangsa anjuran institut. Membuat kerja-kerja buruh kasar yg seperti kebiasaan dan bersyukur diberi tinggal dan makan minum di hotel mewah di tengah ibukota Kuala Lumpur. Untungnya hotel tengah kotaraya ini ialah view adalah sangat cantik terutama malam hari. Andai di hotel2 kawasan pantai, kalau namanya bilik complimentary pastilah view sekadar bumbung parking.


Post ini bukan ingin bercerita tentang kerja2 di konferensi ini. Tapi sekadar ingin bercerita betapa beruntungnya aku bekerja bersama orang-orang berilmu tinggi. Bukan semua orang boleh bertemu secara langsung dengan mereka ini tambahan orangnya hanya seperti aku ini. Aku sendiri jauh dari faham apa sebenarnya bidang mereka ini selain dari dasarnya - mereka ini pakar dalam sains matematik.


Berjumpa dan berbual sesekali dengan mereka sebenarnya membuatkan aku semakin tahu manusia ini dinilai oleh mata kasar (aku) bukan sahaja dengan ilmunya, malah tingkah lakunya. Beratus malah mungkin sudah beribu kini aku bertemu dan berurusan dengan mereka2 ini sejak bertugas dari tahun 2004, ada berjuta pula keletah dan gelagat mereka.


Lantas, apa kesimpulannya bagi orang yang tidak tahu seperti aku? Cerdik tapi tidak terletak pada akal? Cerdiknya nun letak jauh di langit tinggi hingga tak nampak langsung tanah tempat kaki berpijak sehingga terpijak pula kaki orang lain. Perasan ilmu tinggi tapi tak sedar konsep lagi banyak ilmu yg dipelajari, bertambah banyak lagi yang kita tak tahu? Ilmu manusia ibarat setitis air di lautan bagaimana pula?


Aku setuju dengan diri sendiri, penyamun tak semestinya kurang ajar; orang bodoh tak semesti tak tahu, orang buta selalunya nampak dan pencuri pun ada yang memberi kembali. Kadang-kadang umur baru setahun jagung (aku tak pasti sama ada jagung boleh berjangka hayat sehingga setahun), sudah bercakap lagak bagai seusia dengan dunia. Keringat belum tumpah tapi sudah lencun berpeluh busuk satu badan. Langkah baru setapak tapi jatuh sudah berkali-kali kerana jalan mendongak. Cakapnya banyak tapi tiada yang boleh pakai. Bila menjawab panjang menjela tapi jawapannya salah belaka. Jadi agaknya aku yang tidak tahu ini nak letak mereka di mana?


Aku tidak tahu. Kalau aku tahu pun mungkin orang tak percaya aku tahu. Dan aku tak rugi apa-apa. Cuma di akhir hari selalunya aku tetapkan satu sahaja; berkat hidup aku kalau berkhidmat untuk orang berilmu. Mulianya tugas aku memberi kemudahan bagi orang- orang yang berilmu. Jangan banyak cakap kerana aku ialah orang yang tak tahu. Aku sudah cukup beruntung kerana berada dalam lingkungan itu. Garis sempadan tetap ada walau sehalus sehelai rambut yang dibelah tujuh.


Terima kasih kepada bijak pandai yang membawa aku yang tidak tahu ke dalam duniamu!

Wednesday, October 14, 2009

BIRTHDAY BOYS


Malam kelmarin aku dapat sms dari Umi;
Semua balik rumah umi lepas maghrib. Jamuan dan baca Yaasin untuk birthday Walid, Fahrul dan Amin

(SMS ni skema yer sbb ditaip oleh Cikgu Besar. Jadi tiada short form)

Jadinya seperti biasa bila dah dapat arahan gitu, semua aktiviti lain perlu ditangguhkan yerrr....semua kena balik. Lucky la sebab kami semua ada dekat-dekat sini jer. Kecuali makhluk berbaju pink iaitu Cik Nurse itu, semualah berkumpul. Tak kiralah malam keje ke idak yerrrr....

By the time aku sampai dalam kul 8 gitu... Alang tengah terkocoh masak udang goreng tepung ala Rasa Halal Oriental dia. Helleeehhhh...ntah ye ke idak makcik tu. Umi rilek2 je aku tengok. Huhuhu aku dah agak dahhh. Cam tak caya je umi nak masak-masak time weekday ni. Jadi aku masuk la dapur masak gak..tgk ade cendawan. Masak tumis air je. Telur dadar + kerang rebus. Pastu bancuh air. Selesaiiiii...... Nasib baik kitorg semua tak suka sangat gulai-gulai ke hapa. Jadi masak camtu pun dah ok la tuuuuu.....Alaaa acah jer. Ada lagi lauk. Ayam golek berguling-guling beli kat pasar malam. Hahahahah...

Majlis bermula ngan mengketedarah sebab semuanya kebulur tahap Gunung Himalaya. Pastu Isyak, tazkirah (perrggghhhhh...insap dengar perkataan nih) dan baca Yaasin sambil berperang ngan Najwa Fariha yang ntah hape bende dia buat.

Dalam kul 11 aku balik. yang lain masih lagi kat umah umi. Balik umah sambung buat typesetting....bajet rajin la tu. Sebelum Cik Ida mengamuk baik aku buat kan?

Kek birthday la kononnnn...


Masa ni tengah baca Yaasin sebenarnya

Tiba-tiba nak pakai tudung

Birthday boys - Fahrul, Walid & Amin


Nurul Iman & Amar Hasbullah

AWEK HINGUSAN - Episod 6

Aku dah mula bosan. Bodoh punya jantan. Nak buat keputusan punya lah susah. Bacul! Kau nak sangat aku mengamuk kan? Ingat aku budak-budak lagi?!

Telefon di tangan direnung lagi. Nak call ke tidak? Kalau aku call tak berangkat, lagi sakit jiwa! Ishhh... tak boleh jadi ni. Dari pagi tadi call tak angkat, sms tak reply. Memang tak guna jantan ni. Mesti berkepit dengan bini dia la tu!

Tiba-tiba telefon berdering. Kussss semangat! Tapi bukan jantan tu! Abah la plak.. Alamak ape aku nak cakap ni.

"Dapat call dia tak? Abah nak jalan lepas Asar ni. Confirm tak naik kereta dia? Bukan dekat KL ngan Taiping tu...".

"Alah bah...Niky call dia tak angkat la...tunggu jap lagi Niky try lagi".

Ding dong... (sounds like a stupid door bell)

Bergegas bangun.

"Laaaa... ayang ni apehal?! Nape baby call tak angkat? Tensen la. Orang tunggu dari tadi. Abah dah berpuluh kali call. kain baju semua baby dah siapkan. Jahat tau dia niiii.....".

"Takde apa...nak kena siapkan keje dulu. Tiba-tiba je nak cuti kan, kena la settle semua".

"Abis betina tu?".

"Baby boleh tak jangan panggil dia macam tu? Dia bini abang tau".

"Ye la bini abanggggg.... geli dengar!"

Seronoknya aku...akhirnya dapat juga aku bawa my love ni keluar dari KL ni. Rasakan kau betina bodoh! Padan muka! laki kau kat tangan akuuuu......

Lepas ambil abah dan Auntie Ina, kami teruskan perjalanan ke Taiping. Yang tensionnya, telefon ayang aku ni asyik la berbunyi. Last-last aku ambik je pegang letak dalam beg. Betina tu call la tu. Tak sedar diri! Dah sah-sah laki kau tak nak ngan kau. Bodoh betullll....

Saturday, October 10, 2009

OKTOBER BULAN KESEDARAN BARAH PAYUDARA


Bulan Oktober ialah "Breast Cancer Awareness Month". Jadi kepada rakan-rakan marilah kita serba pink, pakai riben pink atau pun pakai kasut pink. Dan yang paling penting kita mesti sedar bahawa kanser payudara adalah antara pembunuh utama wanita di Malaysia. Dan u guys plakkkk...korang ingat korang selamat? No...no...no... korang refer di sini. Jangan terkejut yer.. Or at least bila kita semua aware, maka kita akan lebih prihatin dengan orang2 sekeliling kita. Our mums, our in-laws, our sisters, siblings dan sesiapa sahaja yang kita kenal. Dan kita juga mungkin berisiko kan?

Sila lawati laman web ini - http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/. Banyak info berguna utk kita semua.

Thursday, October 8, 2009

POLIGAMI - Sharing is Caring

Korang tau.. aku penyokong poligami. Tapi bukan yang sebarangan. Yang penting poligami itu adil dan benar ikut hukum dan tiada pembohongan langsung. Kenapa aku tetiba nak wat entry poligami ni? Buang tebiat ek? Takde la. Aku senang je, kalau dah Tuhan benarkan tu, maknanya elok la kan? Bukan berlagak ustazah yer... Ala sharing is caring kan?

Contoh? Takde kot.. aku tak berani bagi contoh yang di luar lingkungan mata kasar aku. Setiap kali aku terbaca pasal poligami, betapa ada yg amattttttttt lah membangkang, aku masih rasa ok lagi.

Ok...enough ek. Kang aku lebih2 nanti, ada plak yg emo. Tapi aku jumpa artikel ni dan juga ini. Cubalah baca. Ok what? Senang-senang jer aku dapat payung emas di shorga. Hahahha.

Laki aku? Ntah... aku pernah offer. Tapi dia kata aku mengarut (sama time aku mintak izin nak daftar as an organ donor). For sure aku demand sket la kan. Dah nak jadi yg no. 2 tu, kena la at least same level ngan aku atau pun better (lagi aku suka). Kalau artis, tak mau la artis kunun-kunun jer. Biar la mmg org kenal. Tak pun doktor ke...loyer ka... Dan anak dara yer... mesti muda dari aku (aku tau la taste lelaki). Huhuhuu...

Mamposs aku kalau laki aku tau aku tulis pasal ni. Seriyes ni weeeiiii!!! Tapi laki aku tak available la. Dah dia menolak. Kalau dia ok aku on jer....

Ha!? Ada yg kata aku mental? Apesal lak? Kalau berani citer la.....

Ni kalau ade poster camni kat Malaysia...hehehehhheeeheheh tak tau la aku!

Ni kategori entry testing. Rasa2 topik ni relevan tak?

Monday, October 5, 2009

OUT OF SERVICE


Aku sudah kehabisan momentum (betul ke statement ni?)...Dah tak boley nak adjust dah. Sungguh tepu dan tiada produktiviti.

Huh!






height="500" width="100%" > value="http://d1.scribdassets.com/ScribdViewer.swf?document_id=5624056&access_key=key-1xpxy6qif0ofzni4z5yu&page=1&version=1&viewMode=">

Saturday, October 3, 2009

SEJADAH BERDIRI?


Sebelum tu... aku terjumpa ni. Korang try buat kat sejadah korang boleh? Aku dah try...amik yg keras/tebal sket. Jangan usik2...InsyaAllah berdiri lah ia. Sorry aku bukan nak nafikan apa2. Tapi harap benda2 gini kita terima secara logik dan jangan membawa kepada khurafat. Maha Besar Allah.

Suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan
kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri
secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin,
Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

SELINGAN
Menu :

1. Mee kari
2. Spaghetti (betul ka eja ni?)
3. Kuah durian ngan roti
4. Murtabak sayur
5. Kuey Teow Goreng
6. Lontong

Macam nak pengsan aku masak. Errkkk... yg last tu MIL aku masak. Lom mula lagi aktiviti makan2 nyer. Lepas maghrib. Tu yang lepak layan blog dulu ni.

Harus ker aku update pasal ni? Ok la dari dari takde post langsung..cadangnya nak update midnite nnt. Heheheheh.. ala kununnnn. InsyaAllah.