Tuesday, August 25, 2009

SUBUH

Bening dan hening
Pening?
Sahur sudah....lauk sambal belacan
Mau tido atau ke facebook? (menuai)
Solat subuhnya belum

Buka Astro cerita Indon versi Ramdhan
TV3 replay Nur Kasih (Remy itu hensem)
Pinggan dah basuh
Tidur ka? facebook? (menuai)
Stay sampai pagi....oooohhh tidakkkkkk

Habis aper citer?


SEKIAN.

Sunday, August 23, 2009

ENTRY SAHUR

Hari pertama Ramadhan.

Sahur kat rumah umi. Keluar dari rumah jam 430 am dan sampai lebih kurang 15 minit kemudian. Umi kat dapur lagi. Sekali sahur makan kari ayam daaaaa.... Kat rumah ada ateh ngan huda jer. Aku lom dapat bayangkan betapa sunyinya time sahur umi dan walid sebab selalu riuh kejutkan kami bangun. Tapi di sisi baiknya, umi tak tergopoh-gopoh bersiap sahur dan selepas itu boleh rileks nak ke surau utk Subuh. Kenapa aku sahur rumah umi? Sebab berbuka nnt aku akan balik PJ. Camne la gamaknya mak nak berbuka tanpa abah?

Jadualnya petang lepas Asar kitorg keluar rumah terus ke kubur arwah abah di Bkt Tandang. Jalan tak jammed so sempat sampai sebelum hujan. Singgah lebih kurang setengah jam, terus ke rumah. Mak tgh sebok2 hidang makanan dan biasalah mulutnya tak renti-renti..."Abah kau itu...abah kau ini..." Dalam hati aku; Hermmm org tua ni nangis jap lagi ni. Elok2 azan jer...dia nangis. Dah agak dahhhhh...ye lah selepas lebih 40 tahun sama2, tetiba kali ni dia sorang, walaupun ptg tu semua anak-anak ada. Kalau kita mcm mana ek?

Malam tu aku terawih di Masjid Kg Medan. Masjid tu memang sangat besar dan orang sangat ramai. Aku respek penduduk tempat ni sebab sepanjang aku kawen dan puasa dan di sini, aku tak pernah tgk jemaahnya susut. Makin bertambah dan masjid ni makin besar sekarang ni. Taman Medan ni adalah antara penempatan yang paling padat di PJ.

Ada 4 peristiwa terkenal yang berlaku berhampiran kawasan ini iaitu penemuan mayat rentung Canny Ong, tragedi Kg. Medan (I'm not going to eleborate on this), penemuan jenazah arwah Nurin Jazlin dan kehilangan adik Sharlinie (yg masih MIA).

Hari kedua Ramadhan (hari ni lerrr...)

Sahur di rumah sendiri. Panaskan lauk yg ditapau dari umah mak dan petang ni InsyaAllah buka di rumah umi.

SALAM RAMADHAN

PEACE

Monday, August 17, 2009

Hujan Yang Panas

Hujan turun lagi
kali ini petang
sejuk barangkali bagi ku
tapi mungkin panas bagi mu

Hujan YANG panas
tak sama dengan hujan panas
ada kita menggigil terkena tempias hujan
ada kita mengamuk terkena tempiasan
ada kita yang perasan
bila berpayung tak akan kena hujan
ada kita berlarian bila hujan di tengah jalan
namun di tepi jalan
basah jua

Maka hujan itu apa
rahmat bagiku
rahmatkah bagimu?
terima saja itu kerja Tuhan
Dia sudah tentukan
hujan YANG panas
atau hujan panas
basah berhujan
atau basah kena tempiasan


------------------------------------------------------

Paham? Tak paham sudahhhhh........

PEACE


Jadilah seperti penguin ini

Sunday, August 16, 2009

AKU + YANG + TAKDE + PERASAAN

Semenjak usia dewasa ni, aku tak pernah lagi kehilangan orang tersayang yg rapat ngan aku. Seingat aku masa aku sekolah rendah, kematian nenek belah walid jer yg terakhir. Ye lah masa tu sekolah rendah tak berapa nak paham kot. Aku rapat gak ngan arwah sbb masa kecik2 aku mmg tinggal dekat ngan dia. Cuma seingat itu aku tak menangis pun tapi sepupu aku siap menangis meraung lagi.

Kemudiannya lama aku tak berdepan ngan kematian orang terdekat (mohon dijauhkan... nauzubillah). Atok belah umi kemudiannya terlantar hampir 3 tahun seingat aku. Yer...itu aku mmg dh ready. Lama arwah terlantar. Jadi pemergiannya tak mengejutkan bagi aku. Dan sekali lagi, aku tak menangis (langsung).

Dan kematian arwah bapa mertua aku...aku jadi "mangsa" keadaan lagi. Yerrr....aku tak menangis jugak. Aku paksa utk menangis (aku sedih, cuma aku tak menangis). Tapi tak boleh. Walaupun ipar2 aku dan mak mertua aku menangis macam mana pun, aku tetap macam tu.. Aku tinggal di rumah mertua hampir 2 tahun selepas kawen. Aku tau rutin arwah, makan minum kegemaran dia, cawan kegemaran dia malah batuk dia pun aku dh kenal. Tapi kenapa yerrr aku tak menangis?

Jadi aku ini jatuh kategori apa? Takde perasaan? Hati batu? Hati kering? Ntah....

Aku takut satu jer...bila orang tgk aku, orang kata aku takde perasaan. Nangis tu perasaan ker? Setau aku, sedih tu perasaan, nangis tu perbuatan. Aku je kot yg paham gitu.

Tapi siapa tau saat menangis aku kan?
Yerr...aku dah lepas masa tu. Masa di mana aku menangis tiap2 malam (yerrrkkk...aku terasa cam "tutttt" jer). Itulah yg aku nak reveal dalam sehari dua ni. Jiwang? Tak...ni bukan jiwang. Tapi kisah dendam yg tak berbalas. Terampun tapi tidak dilupakan.

PEACE

Tuesday, August 11, 2009

TIADA TAJUK

Bagi situasi terkini H1N1 sila layari http://h1n1.moh.gov.my/. Pastikan kita mendapat maklumat yg sahih ye tuan-tuan dan puan-puan... Jangan cepat sgt percaya pada hearsays atau pun rumours. Sungguh bahaya malah lebih bahaya dari H1N1 itu sendiri ye koranggg.

Aku masih lagi menemani mood sedih family Encik Anuar yg kehilangan abah tersayang baru-baru ni. Makanya peluang utk berblog amatlah terbatas kerana aku stay di PJ buat sementara waktu. Berulang dari PJ - UPM buat sementara ni.

Ramadhan pun hampir tiba. Semoga barkah Ramdhan tersebar ke seluruh alam dan semoga Allah menjadikan puasa kita semua lebih baik tahun ini.




Monday, August 10, 2009

AL-FATIHAH

Salam...

My father-in-law, Encik Md. Yusof bin Jaafar meninggal dunia jam 10.08 am (T.O.D from PPUM) Sabtu 08082009 akibat serangan jantung kronik. Meninggal dengan aman dan mudah secara tiba-tiba selepas memasak untuk jamuan sedekah anak-anak yatim.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH


*tiada post untuk sementara waktu*

Friday, August 7, 2009

PENYELENGGARAAN

GUA TGH NAK RENOVATE BLOG NIH. TGH MALAM NNT GUA UPDATE.

PEACE

Wednesday, August 5, 2009

CERITA KOREA

Last year institut menganjurkan satu program iaitu Expository Quantum Lecture Series (EQuaLS) dan ia merupakan siri yg kedua. Tugas aku seperti biasa tugasan teknikal, sediakan itu dan ini sehari dua sebelum event. Lokasinya di Fakulti Kejuruteraan. All the speakers adalah orang2 yg tersohor dlam bidang masing2 (seriously aku tak faham pun exactly apa bidang ini). Tapi speakers adalah dari UK, Singapore dan Austria. All Mat Sallehs ni sungguh bersemangat dan sangat sempoi. Aku suka. Participants pula adalah terdiri dari locals and foreigners. Aku masih ingat sesi mengejar biawak semasa lunch break. Ye betul...depa nih rasanya tgk wildlife mungkin di zoo atau Animal Planet je kot. So bila biawak bernama Memey (kitorg la bg nama) tu asyik berkejaran dengan rakan2nya di tepi tasik kejut tu, makanya beria-ia mereka ni amik gambar. Some of them siap compare the photos among them. Heheheheh..

Aku tetiba teringat program ni sbb aku tgk citer Korea mende ntah (tertengok sebenarnya). On the 2nd day of EQuaLS, it was raining heavily. Sangat lebat ptg masa dh abis program for that day. Cam biasa Encik Anuar amik aku dan diulangi hujan sgt la lebat. Di foyer bangunan tu ada 2 org participants from Korea yg sedang berusaha mendapatkan teksi... Aku nampak tapi sbb Encik Anuar dh datang dan malam tu kami nak celebrate my MIL nyer besday di Ampang, so aku tak sempat la nak buat apa2.

Dan ditakdirkan plak, bila keluar dari Fakulti, baru terperasan aku tertinggal handbag aku kat bilik seminar. So kami patah balik to pick up the bag. The two Koreans masih di sana rupanya. Dalam keadaan agak risau agaknya sebab hujan lebat, tak dapat teksi dan communication barrier (diorg tak pandai ckp omputih). Dua org RA Dr. HZ sedang berusaha membantu. Dan kawasan foyer itu mmg dh mula lengang. So aku tanya mana diorg nak pergi. Diorg cakap just bring them to any taxi stand coz they stay at Ampang. Ok lah aku pandang Encik Anuar dia kata on. Aku pun bawak la Koreans tu naik my 'so-called' sport car dgn harapan dapat teksi di depan KMR. But no luck. Ada satu teksi tp pakcik tu tak mau jalan bila cakap org Korea nak pegi Ampang. So naik kereta balik, tuju pula ke Stesen Komuter Serdang. Tp otw tu, hujan sgt lebat dan adalah sgt mustahil utk menurunkan mereka itu. So after bincang ngan Encik Anuar, maka dia kata kita hantar je la diorg. Kita pun nak pegi Ampang gak.

Aku pun bgtau the Koreans. I'll bring you Ampang. Tapi ofkos I need their address or hotel's name ke apa2 la kannn..Ampang tu berbelit gak jalan dia. Tapi they don't know. They said they stay in an apartment at Korean Town. Udahhh... mana nak ku redah Korean Town plak. Pernah dengar tapi aku tak tau pun kat mana. Their English sungguhhhhhhhh aku tak faham dan diorg pun tak berapa faham my english. Huhuhuuh.... So terpaksa guna talian hayat. Kol someone yg tau Korean Town. Finally after 2 kali calling2, kami berjaya gak jumpa. Sampai je kat satu simpang, the Koreans terus menjerit suka. Yess! Yesss! Here..here... eleh dah sampai depan pintu boleh la here here. Kelakar la. Ye lah mmg layak la panggil Korean Town, keliling penuh ngan restoran and shoplots Korean. Tak sangka kat KL ada tempat gini ek. Kami turunkan diorg pastu beria nak bg duit. Aku cakap tak payah la kan sebab aku pun mmg otw nak ke Ampang nih. tapi depa tak paham kot. Hikhikihik... Depa cakap yesterday the paid RM 30 for taxi from UPM to Ampang. Aku cakap tak pa la... Tapi depa letak duit kat seat aku. Aku tgk RM30, takpe la since depa sungguh2. Aku pulangkan balik RM10...amik RM 20 je. Pastu depa ajak makan kat restoran Korea tepi parking tu. Tak mau aku heh...heheheheheh oh tidakkkkk!

Moral of the story - Tengok lah citer Korea tapi jangan makan makanan Korea.

SEKIAN. PEACE.

Monday, August 3, 2009

BANGI - PENANG - BUKIT MERAH - PARIT BUNTAR - SELINSING - BANGI

Weekend aku berlalu ngan cepat sebab perjalanan ke utara kali ni memenatkan dan tak berapa menarik. Jumaat malam aku gerak ngan adik aku dan makcik aku - menjadikan kami 2 kereta dan satu van (makcik & troop nyer) berada di jalanraya jam 1230 mlm (walaupun asalnyer nak jalan jam 11). Aku spt biasa menjadi co-pilot yg setia dari awal hingga akhir. Kitorg drive keta walid since that our "so-called" keta sport not in a good condition. Huhuhuhu.....

Perjalanan terus sehingga Hentian Tapah dan di sana kami berjumpa dgn 2 org sepupu yg juga dalam perjalanan ke utara. Hentian tak sibuk so kami boleh lepak ngan santai sambil mencuri makanan anak2 acik (ala budak2 bukan makan sgt pun). Jam 2.30 (atau hampir jam 3 am) kami teruskan perjalanan hingga ke Hentian Bukit Gantang jam 4.00 am lebih kurang. Tak rasa nak makan/minum tapi we've decided to sleep until Subuh so that kitorg leh terus ke airport Bayan Lepas utk ambil my parents and Huda (my acik terus ke Hentian Gunung Semanggol). Maka kami (aku, Encik Anuar dan adik aku, my SIL and their daughter) tidur dengan nyenyak sehingga jam 6 am di dalam keta masing2.

By 630 am after Subuh kitorg terus ke Penang. Hampir ke Hentian Sg. Juru baru kitorg perasan the toll was straight away from KL to Juru (ye la tol Jelapang dh takde kan...). Heheheheh gamaknya berapa hengget la kena bayar nih. Perjalanan ke Penang agak slow sebab asyik hujan on and off. Kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang juga dalam keadaan hujan.Our timing was almost perfect sebab sampai jer kat Airport Bayan Lepas jam dh pukul 750 am and the flight was already landed. Tunggu dlm 10 minit, umi, walid & Huda keluar dan terus mulakan perjalanan ke Balik Pulau. Tapi singgah dulu sarapan di sebuah gerai (aku tak ingat nama tempat tu). Hujan masih renyai2 dan kadang-kala lebat.

All of us had no idea how long the journey to Balik Pulau is going to be. So kami slowly follow the signboard. Jalannya sungguh mencabar esspecially bg 1st timer. Sama macam jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah atau ke Wang Kelian (kata umi). Bengkok-bengkok, sempit, bergaung dan ditambah pulak dengan hujan dan kerja-kerja membuat jalan. Huh...nasib baik aku tak drive. Tapi agak menarik sebab betul2 dalam kawasan hutan.

Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam jugak. Kitorg sampai ke rumah pengantin di IPD Barat Daya, Balik Pulau. Pengantin ni ialah anak buah mak aku @ sepupu aku. Family dia ni duk di berek polis sebab abahnya polis. Sepupu aku ni plak keje dalam TUDM as an airplane engineer rasanya (lebih kurang la...). So nnt sanding ada la jalan bawah pedang.

Sampai je dalam jam 9 am terus ke rumah rehat yg disediakan. Rumahnya luas so kitorg amik kesempatan la utk melepak (lepak lagiii...). Disebabkan kenduri katering, so takde ape la yg nak disebok2kan. Masing2 duk sembang jer sambil makan2....yaaa...temanya makan dan lepak! By 12 pm baru la kitorg salin baju dan ke dewan utk makan dan lepak lagi...(kan aku dah kata temanya makan dan lepak). Cuaca masih lagi tak menentu tp ok la takla panas sgt.

Lepas makan dan lepak, kitorg siap2 le nak jalan lagi...(heheheh selamba je ek). Pack brg masuk keta dan terus bergerak ke Bukit Merah (ni sebenarnya projek kitorg). Sampai kat apartment di Bukit Merah tu, umi ngan walid terus amik keta pegi balik kampung. Aku, Encik Anuar, angah n wife n anak dan Huda stay wat hal memasing. Malam tu diorg pegi theme park tapi aku ngan Encik Anuar duk je kat apartment tu merehatkan badan...sebab sok nak kena drive ke Parit Buntar plak. Malam tu selain makan dan lepak...takde keje lain la. Angah pegi memancing.

Pagi (tak la pagi sgt..dh kul 12 gak) kitorg siap2 ke Parit Buntar. Ni rumah Pakteh aku. Majlisnya ialah kenduri arwah dan tahlil. So adik-beradik umi sumer ada kecuali Mak Long. Pas makan dalam kul 1 lebih kitorg terus patah balik kampung. Heheheheheh...Perak adalah sgt panazzzz walaupun kejap2 ujan. Sampai umah arwah atok, masing2 cari projek. Yer...umah tu dh tak sama cam dulu2. Betullah org kata, semangat rumah akan hilang kalau tuannya dah meninggal. Bendang tengah menguning so air parit dh mula kering. Walid, Huda ngan Encik Anuar dah mula turun *menggagau di dalam parit berselut depan umah tu. Disebabkan aku geram sbb ikan puyu banyak giler leh tangkap ngan tangan jer, apa lagi tukar uniform la aku pun terjun gak. Huduh rupanya...hehehehe.

Dekat dua jam gak aku mengerjakan parit tu. Pastu walid kata dia nak turun kat parit belakang plak. Aku pun follow, kali ni tinggal kitorg dua je. Skali blkg tu banyak giler ikan haruan. Puyu ngan sepat pun besar2 gak. Hahahahhahaha...suka aku dh lama tak wat keje gini. Dah rupa swamp thing bersalut lumpur selut tu. Last2 angah pun turun gak. Konon la cover line memula.

Dekat kul 6 pm baru naik mandi. Hasilnya - ikan haruan 10 ekor dan ikan puyu+sepat sebaldi penuh. Suker-suker....kalau ada gambar lg best kan?

Menjelang Maghrib kami mulakan perjalanan balik ke KL...

PEACE

*menggagau - tangkap ikan di kawasan air kering (selut) dengan menggunakan tangan.

Jap Lagi ler...

Jap lagi aku update. Td baru je amik feel.

Sila layan ini dahulu..... Bye.



Seksi ke macho? Huhuhuhuh....