Monday, August 10, 2009

AL-FATIHAH

Salam...

My father-in-law, Encik Md. Yusof bin Jaafar meninggal dunia jam 10.08 am (T.O.D from PPUM) Sabtu 08082009 akibat serangan jantung kronik. Meninggal dengan aman dan mudah secara tiba-tiba selepas memasak untuk jamuan sedekah anak-anak yatim.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH


*tiada post untuk sementara waktu*

Friday, August 7, 2009

PENYELENGGARAAN

GUA TGH NAK RENOVATE BLOG NIH. TGH MALAM NNT GUA UPDATE.

PEACE

Wednesday, August 5, 2009

CERITA KOREA

Last year institut menganjurkan satu program iaitu Expository Quantum Lecture Series (EQuaLS) dan ia merupakan siri yg kedua. Tugas aku seperti biasa tugasan teknikal, sediakan itu dan ini sehari dua sebelum event. Lokasinya di Fakulti Kejuruteraan. All the speakers adalah orang2 yg tersohor dlam bidang masing2 (seriously aku tak faham pun exactly apa bidang ini). Tapi speakers adalah dari UK, Singapore dan Austria. All Mat Sallehs ni sungguh bersemangat dan sangat sempoi. Aku suka. Participants pula adalah terdiri dari locals and foreigners. Aku masih ingat sesi mengejar biawak semasa lunch break. Ye betul...depa nih rasanya tgk wildlife mungkin di zoo atau Animal Planet je kot. So bila biawak bernama Memey (kitorg la bg nama) tu asyik berkejaran dengan rakan2nya di tepi tasik kejut tu, makanya beria-ia mereka ni amik gambar. Some of them siap compare the photos among them. Heheheheh..

Aku tetiba teringat program ni sbb aku tgk citer Korea mende ntah (tertengok sebenarnya). On the 2nd day of EQuaLS, it was raining heavily. Sangat lebat ptg masa dh abis program for that day. Cam biasa Encik Anuar amik aku dan diulangi hujan sgt la lebat. Di foyer bangunan tu ada 2 org participants from Korea yg sedang berusaha mendapatkan teksi... Aku nampak tapi sbb Encik Anuar dh datang dan malam tu kami nak celebrate my MIL nyer besday di Ampang, so aku tak sempat la nak buat apa2.

Dan ditakdirkan plak, bila keluar dari Fakulti, baru terperasan aku tertinggal handbag aku kat bilik seminar. So kami patah balik to pick up the bag. The two Koreans masih di sana rupanya. Dalam keadaan agak risau agaknya sebab hujan lebat, tak dapat teksi dan communication barrier (diorg tak pandai ckp omputih). Dua org RA Dr. HZ sedang berusaha membantu. Dan kawasan foyer itu mmg dh mula lengang. So aku tanya mana diorg nak pergi. Diorg cakap just bring them to any taxi stand coz they stay at Ampang. Ok lah aku pandang Encik Anuar dia kata on. Aku pun bawak la Koreans tu naik my 'so-called' sport car dgn harapan dapat teksi di depan KMR. But no luck. Ada satu teksi tp pakcik tu tak mau jalan bila cakap org Korea nak pegi Ampang. So naik kereta balik, tuju pula ke Stesen Komuter Serdang. Tp otw tu, hujan sgt lebat dan adalah sgt mustahil utk menurunkan mereka itu. So after bincang ngan Encik Anuar, maka dia kata kita hantar je la diorg. Kita pun nak pegi Ampang gak.

Aku pun bgtau the Koreans. I'll bring you Ampang. Tapi ofkos I need their address or hotel's name ke apa2 la kannn..Ampang tu berbelit gak jalan dia. Tapi they don't know. They said they stay in an apartment at Korean Town. Udahhh... mana nak ku redah Korean Town plak. Pernah dengar tapi aku tak tau pun kat mana. Their English sungguhhhhhhhh aku tak faham dan diorg pun tak berapa faham my english. Huhuhuuh.... So terpaksa guna talian hayat. Kol someone yg tau Korean Town. Finally after 2 kali calling2, kami berjaya gak jumpa. Sampai je kat satu simpang, the Koreans terus menjerit suka. Yess! Yesss! Here..here... eleh dah sampai depan pintu boleh la here here. Kelakar la. Ye lah mmg layak la panggil Korean Town, keliling penuh ngan restoran and shoplots Korean. Tak sangka kat KL ada tempat gini ek. Kami turunkan diorg pastu beria nak bg duit. Aku cakap tak payah la kan sebab aku pun mmg otw nak ke Ampang nih. tapi depa tak paham kot. Hikhikihik... Depa cakap yesterday the paid RM 30 for taxi from UPM to Ampang. Aku cakap tak pa la... Tapi depa letak duit kat seat aku. Aku tgk RM30, takpe la since depa sungguh2. Aku pulangkan balik RM10...amik RM 20 je. Pastu depa ajak makan kat restoran Korea tepi parking tu. Tak mau aku heh...heheheheheh oh tidakkkkk!

Moral of the story - Tengok lah citer Korea tapi jangan makan makanan Korea.

SEKIAN. PEACE.

Monday, August 3, 2009

BANGI - PENANG - BUKIT MERAH - PARIT BUNTAR - SELINSING - BANGI

Weekend aku berlalu ngan cepat sebab perjalanan ke utara kali ni memenatkan dan tak berapa menarik. Jumaat malam aku gerak ngan adik aku dan makcik aku - menjadikan kami 2 kereta dan satu van (makcik & troop nyer) berada di jalanraya jam 1230 mlm (walaupun asalnyer nak jalan jam 11). Aku spt biasa menjadi co-pilot yg setia dari awal hingga akhir. Kitorg drive keta walid since that our "so-called" keta sport not in a good condition. Huhuhuhu.....

Perjalanan terus sehingga Hentian Tapah dan di sana kami berjumpa dgn 2 org sepupu yg juga dalam perjalanan ke utara. Hentian tak sibuk so kami boleh lepak ngan santai sambil mencuri makanan anak2 acik (ala budak2 bukan makan sgt pun). Jam 2.30 (atau hampir jam 3 am) kami teruskan perjalanan hingga ke Hentian Bukit Gantang jam 4.00 am lebih kurang. Tak rasa nak makan/minum tapi we've decided to sleep until Subuh so that kitorg leh terus ke airport Bayan Lepas utk ambil my parents and Huda (my acik terus ke Hentian Gunung Semanggol). Maka kami (aku, Encik Anuar dan adik aku, my SIL and their daughter) tidur dengan nyenyak sehingga jam 6 am di dalam keta masing2.

By 630 am after Subuh kitorg terus ke Penang. Hampir ke Hentian Sg. Juru baru kitorg perasan the toll was straight away from KL to Juru (ye la tol Jelapang dh takde kan...). Heheheheh gamaknya berapa hengget la kena bayar nih. Perjalanan ke Penang agak slow sebab asyik hujan on and off. Kami menyeberangi Jambatan Pulau Pinang juga dalam keadaan hujan.Our timing was almost perfect sebab sampai jer kat Airport Bayan Lepas jam dh pukul 750 am and the flight was already landed. Tunggu dlm 10 minit, umi, walid & Huda keluar dan terus mulakan perjalanan ke Balik Pulau. Tapi singgah dulu sarapan di sebuah gerai (aku tak ingat nama tempat tu). Hujan masih renyai2 dan kadang-kala lebat.

All of us had no idea how long the journey to Balik Pulau is going to be. So kami slowly follow the signboard. Jalannya sungguh mencabar esspecially bg 1st timer. Sama macam jalan di Bukit Putus, Kuala Pilah atau ke Wang Kelian (kata umi). Bengkok-bengkok, sempit, bergaung dan ditambah pulak dengan hujan dan kerja-kerja membuat jalan. Huh...nasib baik aku tak drive. Tapi agak menarik sebab betul2 dalam kawasan hutan.

Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam jugak. Kitorg sampai ke rumah pengantin di IPD Barat Daya, Balik Pulau. Pengantin ni ialah anak buah mak aku @ sepupu aku. Family dia ni duk di berek polis sebab abahnya polis. Sepupu aku ni plak keje dalam TUDM as an airplane engineer rasanya (lebih kurang la...). So nnt sanding ada la jalan bawah pedang.

Sampai je dalam jam 9 am terus ke rumah rehat yg disediakan. Rumahnya luas so kitorg amik kesempatan la utk melepak (lepak lagiii...). Disebabkan kenduri katering, so takde ape la yg nak disebok2kan. Masing2 duk sembang jer sambil makan2....yaaa...temanya makan dan lepak! By 12 pm baru la kitorg salin baju dan ke dewan utk makan dan lepak lagi...(kan aku dah kata temanya makan dan lepak). Cuaca masih lagi tak menentu tp ok la takla panas sgt.

Lepas makan dan lepak, kitorg siap2 le nak jalan lagi...(heheheh selamba je ek). Pack brg masuk keta dan terus bergerak ke Bukit Merah (ni sebenarnya projek kitorg). Sampai kat apartment di Bukit Merah tu, umi ngan walid terus amik keta pegi balik kampung. Aku, Encik Anuar, angah n wife n anak dan Huda stay wat hal memasing. Malam tu diorg pegi theme park tapi aku ngan Encik Anuar duk je kat apartment tu merehatkan badan...sebab sok nak kena drive ke Parit Buntar plak. Malam tu selain makan dan lepak...takde keje lain la. Angah pegi memancing.

Pagi (tak la pagi sgt..dh kul 12 gak) kitorg siap2 ke Parit Buntar. Ni rumah Pakteh aku. Majlisnya ialah kenduri arwah dan tahlil. So adik-beradik umi sumer ada kecuali Mak Long. Pas makan dalam kul 1 lebih kitorg terus patah balik kampung. Heheheheheh...Perak adalah sgt panazzzz walaupun kejap2 ujan. Sampai umah arwah atok, masing2 cari projek. Yer...umah tu dh tak sama cam dulu2. Betullah org kata, semangat rumah akan hilang kalau tuannya dah meninggal. Bendang tengah menguning so air parit dh mula kering. Walid, Huda ngan Encik Anuar dah mula turun *menggagau di dalam parit berselut depan umah tu. Disebabkan aku geram sbb ikan puyu banyak giler leh tangkap ngan tangan jer, apa lagi tukar uniform la aku pun terjun gak. Huduh rupanya...hehehehe.

Dekat dua jam gak aku mengerjakan parit tu. Pastu walid kata dia nak turun kat parit belakang plak. Aku pun follow, kali ni tinggal kitorg dua je. Skali blkg tu banyak giler ikan haruan. Puyu ngan sepat pun besar2 gak. Hahahahhahaha...suka aku dh lama tak wat keje gini. Dah rupa swamp thing bersalut lumpur selut tu. Last2 angah pun turun gak. Konon la cover line memula.

Dekat kul 6 pm baru naik mandi. Hasilnya - ikan haruan 10 ekor dan ikan puyu+sepat sebaldi penuh. Suker-suker....kalau ada gambar lg best kan?

Menjelang Maghrib kami mulakan perjalanan balik ke KL...

PEACE

*menggagau - tangkap ikan di kawasan air kering (selut) dengan menggunakan tangan.

Jap Lagi ler...

Jap lagi aku update. Td baru je amik feel.

Sila layan ini dahulu..... Bye.



Seksi ke macho? Huhuhuhuh....

Friday, July 31, 2009

Away

Aku takdok henpon canggih ye kawan2 utk berblog di luar kawasan...dan takdok jugak lappy yg leh diusung ke hulu ke hilir. So weekend nih takdok entry la. Lokasi : Penang Event : Kenduri kawen sepupu.

PEACE

PRPI 2009 vs H1N1 @ UPM

Hari ini Jumaat...payah la nak jadi blogger tegar ni. Last post Ahad lepas. Huh! Tak sesuai tau. Bukan sebok mende pun. Sebok main game hohohohohoo. Anyway pengumuman for today - HARI NI AKU CUTI!!!!!!! Tu la yg pepagi buta dh melangut depan pc nih. Sambil main game kikikikiki....

So start ngan Monday...takdak apa la kannnn. Standard ar Monday blues. Pegi keje settle kan preparation PRPI; termasuk la tampal poster kat dewan besar. Tahun ni ada 22 poster from us. Stay kat opis print out all the posters dlm size A4 utk hand out. Kul 8 pm kot baru balik.

Tuesday... appointment kat sepital serdang. Sambil menunggu, membelek-belek senarai penyertaan PRPI dn sms gud luck to all (poyos kan?). Juga melayan sms & call Ida yg jadi mangsa keadaan kat dewan tu (nak wat camner hang kan Sukarelawan Negara!). Tunggu lama jumper doc 15 minit je. Tu pun borak2 cam kat kedai kopi. Hampesss. Next Thursday kena amik darah plak. Balik Ita amik ngan Situt tp tapau makanan kat kafe sepital dulu then terus ke dewan. Takde apa dah masa tu sebab dah tengahari. Sekali khabar angin bertiup kencang kata semua kena clear - UPM shut down coz HINI. Ha? Alaaaa tak bestnyer...... PRPI sehari jek. Busannn la. Dah la tahun ni takde pameran apa pun. Yg ni pun sehari je. Gamaknya takde bintang langsung la aku tahun ni. Apa pun...clear gak la. Terus cabut poster2 tu ngan barang2 pameran lagi. Sekali lagi tocei la Ida ngan Ita...anda berdua je la kannnnnn. Ishhh..ishhh..ishhh...hampes tul.

Rabu...nothing special. Pegi keje balik keje. Malam umi ngan adik-adik gua datang melantak makanan yg ofkos umni yg masak. Aku siapkan air je (air suam - jaga kesihatan anda okeyyy).

Khamis...Pagi takdok aper la. Cam biasa je. Petang seriau tunggu result PRPI (sekali lagi ciri2 poyo pada aku ngan Ida). Beriya je tunggu depan pc tgk web RMC. Sekali lepas 4 pm baru kuar result. Heheheheheh spt dijangka institut kitorang tak pernah terlalu kecewa. Out of 22, 20 dapat medal. So lebih kurang 90%. Statistiknya; 5 gold, 11 silver and 4 bronze. Huhuhuhu sungguh excited! Yo la dh tahun ni hapa medal pun takdak. EncikDeen-yg-rajin-dan-pandai-buat-senarai tu telah mempersembahkan result pada Dato' Pengarah. Komen beliau idak la aku tau. Dok kesah ponnnn..... janji keje aku dh selesai.

Today...Jumaat aku cuti. So nnt2 la kalau rajin aku update. Anyway malam nih gerak Penang konvoi beramai-ramai. Adussss sungguh koyakz.

Refer to tajuk - ye UPM telah mengawalkan cuti semester kerana H1N1. Tapi student je la.... staff keje cam biasa...tapi sumer bekerja as doktor bedah la. hahahahah.

PEACE

Sunday, July 26, 2009

Cabaran Kak Tijah

Oiiisssshhh peh maghrib aku on pc balik. Sekali kak tijah telah meninggalkan komen nyer... oooo ni cabaran nih. Huhuhuu...ala kak jah. takdo la sampai 10 entry. Abih kang laki den sapo nak layan. Mau la dio memuncung yo ari ni sobab den tak masak sardin. Heoheoheoheo....

Apa2 pun la kan... ni entry ketiga. (bila aku check balik kan, entry aku manyak nau mende ni ha [....] dot dot cam la citer lucah...huhuhuu). Aku sebenarnya tgh terbayang nk makan benda2 yg tak sehat ni. Rasa cam nak makan BigMac ader...tetiba rasa cam nak makan sate Hj. Samuri pun ada. Pastu terasa-rasa lak nak makan Ipoh Chicken Hor Fun yg kat Old Town White Coffee tu. Alahai payah tul la nak melawan nafsu nih. Issshhhh...jangan layan.

Tak berapa lama lagi dh nak Ramadhan. 1st time la aku nak pose kat umah sendiri ni. Alaaaa sama jer kan. Tetap la aku tak memasak yer..... Dh dekat ngan umah umi makanya hahahihihuhu la aku asyik balik. Tapi tahun ni aku mmg raya KL je la. Tak di Bangi, di PJ, sebab atok dah takde kan. Ingat nak amik je nenek dtg beraya kat sini. Tak pun aku keje je raya pertama tu. Punyer la rajin kannn.....(rajin la, bukan ada keje pun kat opis).

Aku pun tak tau nak tulis apa lagi nih. Mengarut tul la hehehehehhehe.... Berlagak la kan sebab baju keje sok dh gosok. Aku post yg ni dulu. Pastu tgk ar kak jah kalau den over acting den wat entry laie. Entry bangang2 pon takpo kannnn?

My Real Sunday's Entry

Kekadang rase cam miang2 je kan guna tajuk entry omputih...hehehehhe idok la aku kesah kan sebenarnya.

Aku baru je balik ni sebenarnyer...seperti entry aku yg memula tadi iaitulah pergi kenduri then pegi opis. Pegi kenduri tu jadi la...pas Zohor aku gerak sesampai je pengantin tengah makan. Pengantinnya ialah Boy opismate yg tak berapa betul tu. Harap2 dh kawin nih makin betul la ko ni yer. Kendurinya gotong-royong (ni citer kat Taman Seri Andalas, Serdang tau...bagus tul diorg ni). Walaupun di kawasan bandar masih lagi bergotong-royong cam kat kampung. Pengantinnyer pakai baju oren seperti buah oren. Sampai aku makan la terus sbb dh time mmg kebuluq kan. Tgh makan tu si Ida ngan Mek sampai dh la dtg sesama...pakai baju sama kaler je lain. Lepak ngan diorg then sempat la mengacau si Boy yg tgh poyo bergambar. Tiba plak Kak ct ngan ostat nyer tersipu-sipu blushing sama pink ngan baju dia. Pastu ingat nak balik dah skali Encik Anuar dh berada di zon bahaya... iaitu di tempat encik Dj. Alahai konfem la kena tunggu dia nyanyi dulu. Dekat 330 pm baru la selesai nyanyi...

Ikut plan aku nak g opis kannn? heheheheheh...plan berubah lagi....kitorg (sekali ngan Ida dan Mek) boley plak meredah padang kat Tasik Seri Serdang tu makan buah tempatan....hahahaha tak sure la sape organiser nyer tapi sungguh ramai orang. Kabar nyer buah disediakan 9 tan termasuk la durian yg sangatttt banyak. Si Ida kembang kempis la idung menahan bau durian (tu la sape suh hang x makan durian). Sebenarnya best tapi disebabkan baru balik kenduri perut kenyang dan plak ngan baju vogue da vass gitu....dok daya la nak berpeluh-peluh berebut. tapi sempat la aku ngan mek amik semangkuk sorang pulut durian. Huhuhuhu....Encik Anuar berusaha gak dapatkan manggis ngan rambutan. Dapat la merasa (ala macam la tak boleh nak beli kannnn...?).

Jadi kesimpulannya...plan nak ke opis batal la gamaknya. Dah akak berlengas gitu tak sesuaiii tau. Balik je la ke rumah ngadap pc lagi la bersesuaian di hari minggu ini.

Aku tgh bersemangat nak menulis nih...sat2 lagi aku terasa cam nak wat entry lagi.....

NOT MY REAL SUNDAY's ENTRY

Sunday already...aku tak update since Wednesday kot. Bangun lambat ari ni....dah bukak mata tp nak bangun dari katil yang maleh....Encik Anuar pun tak bangun lagi.Haahhh lantak ler.

Dekat kul 10 gak baru bangun (ape kejadahnya bangun tido pun nak citer). Plan asal nak g opis then terus g kenduri Boy. Tapi disebabkan "hal-hal yg takleh dielakkan"...tuko plan. Siap2 sarapan; roti cecah ngan kuah durian nyammmnyammm. Decided to go to kenduri 1st and after that baru la g opis.

Terus online sambil Encik Anuar nengok Melodi...buka metro online mutakhir Yasmin Ahmad dh meninggal kul 1125 pm; Al-fatihah. 2 institusi lagi tutup sbb H1N1 - satu poli satu sekolah rendah. Aku rasa wabak ni cam dah tak berapa nak terkawal. So kawan2 sumer...hati2 la. Kurangkan pergi ke tempat2 ramai orang yer. Kita tak tau apa yg akan berlaku kan?

This is not my real n3 yer...ptg2 sket la aku update lagi.Ni nak amik feel je.

PEACE