Sunday, July 5, 2009

AKU PUN DIET GAK - The 100th entry

Sebulan dua ni nampaknya topik inilah yang paling diperkatakan dan digosipkan di opis. Makna perkataan diet ni telah dimitoskan iaitu sama dengan kuruskan badan.

Makna sebenar perkataan diet adalah sangat luas; tidak sekadar kurangkan makan dan kuruskan badan. Anda semua boleh merujuknya di sini. Apabila anda selesai membacanya, anda akan dapati tiada satu pun yang menyatakan secara direct tentang menguruskan badan.

Aku pada awalnya (terutama setahun selepas kahwin) adalah salah seorang yg terjebak dalam mitos ini. Diet = Kurangkan makan + kuruskan badan. Semasa zaman awal remaja dulu, berat aku tak pernah melepasi 48kg. Kawan2 sekarang mesti tak dapat bayangkan betapa petite aku masa tu. Dan masa tu sudah pastinya aku tak pernah bayangkan berat badan aku akan naik seperti sekarang (paling berat ialah 70 kg).

Ubat diet? Aku pernah ada 2 pengalaman pahit tentang ubat diet ni. Walaupun tak terbukti secara klinikal, doktor memaklumkan bahawa ubat2 pelangsing ini memang akan memberi kesan buruk. Bezanya sekarang atau kemudian hari. Pengalaman pertama, aku pernah ambil satu set pil yg berjenama terkenal satu masa dulu. Walaupun awal2 lagi aku dh rasa something wrong tapi "Alah...biase la. Badan baru nak sesuaikan dengan tindakbalas ubat" Tapi bila aku menjadi semakin tidak selesa, aku ke klinik. Diagnos umum dr. ialah; ubat yang aku ambil tu mengandungi bahan yg boleh mengeringkan mukus di antara sendi2. Deritanya : Aku sakit pergelangan tangan sehingga nak menyuap makanan ke mulut pun terasa seksa. Pengalaman kedua : Aku cuba pula sejenis teh yang juga terkenal satu masa dulu. Ia akan membuatkan kita CB satu atau dua jam selepas pengambilannya. Deritanya : Aku kena duduk wad semalaman sebab dehidrat...kurang air.


Baru-baru ini aku menjalani rawatan dan disahkan mempunyai simptom2 PCOS (Polycystical Ovarian Syndrom) yang secara umumnya akan mengganggu peluang utk mengandung. Dan aku telah dibekalkan dengan Metformin - ubat yang fungsinya utk mengawal gula dalam darah dan selalunya digunakan oleh pesakit diabetes tahap 2. Tapi dalam kes aku, fungsinya ialah untuk mengurangkan berat badan. Jadi kalau aku nak kurus cepat, aku boleh ambil sebiji 3 kali setiap hari. Tapi kesan jangka panjang ialah masalah buah pinggang.

Jadi aku menghentikan segala usaha menggunakan jalan pintas ini. Apabila berpeluang mengikuti program Citrasihat anjuran Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan pandangan aku tentang istilah diet itu berubah. Sekarang aku dan beberapa rakan lain cuba untuk menjadikan senaman sebagai cara hidup. Makan? Kami tetap makan seperti biasa, cuma kawal kalori. Kalau terlebih ambil, maka kena lebihkan senaman. Aku sendiri melakukannya sebagai satu rutin sekarang; 1000 kali skipping dalam masa 5 hari dan jogging 2 kali dalam seminggu. Mula2 sangatlah susah kerana aku dah lama sangat tak exercise. Tapi 200 skipping sehari sebenarnya sangat sedikit (dalam masa 7-10 minit sahaja mengikut kemampuan aku) dan kalau jogging keliling taman perumahan ni pun tak lebih dari 15 minit satu round (itupun campur berjalan sekali). Dan sekarang masuk bulan ke 4, aku dh semakin biasa; cuma kaki agak sakit pada peringkat awal. Peserta program telah dibekalkan satu pedometer setiap seorang maka senaman jadi lebih menarik kerana kita terus boleh mengetahui jumlah kalori yg terbakar selepas sesi senaman.

Jadi teruskan bersenam; jaga kesihatan dan jangan tersalah langkah! Tepuk dada tanya selera. Maklumat2 yg aku kongsi ialah pengalaman sahaja, bukan fakta profesional. Sila rujuk pada yg pakar untuk maklumat lanjut; bukan sekadar rujuk di internet.

ADIOS

Golden Voice of PJ 2009

Malam tadi aku temankan Encik Anuar ke final Golden Voice of PJ di Dewan Sivik MBPJ. Bukan sebagai peserta, tapi penonton dan penyokong kepada beberapa rakan yg jadi finalis. Sampai di sana dalam jam 8.00 malam, dewan masih kosong. Dalam buku program tertera acara akan mula jam 8.35 malam tapi sehingga lewat limabelas minit masih belum ada tanda2 mula.

Sedikit lagi jam 9.00 malam Dato' Bandar PJ tiba (aku tak kenal pun yg mana satu...sorry). Acara yg aku hadiri saban tahun ini (diadakan 2 tahun sekali) dijangkakan hambar seperti yg lepas. Ohhhhh betapa ku bosan tapi dek kerana aku dh janji dengan Encik Anuar maka dicuba juga utk have fun. Harapnya jgnlah MBPJ gunakan pengacara majlis yg sama. Lelaki yg tiada style sendiri, ikut meniru gaya Pak Nil itu memang mematikan selera aku yg tak berapa berselera.

Beberapa minit selepas jam 9, acara bermula. Yesss.....pertamanya pengacara sudah ditukar. Gandingan Sharifah Saheera (yg sarat lagi nampaknya) dan Azrol Raja Lawak. Hermmmm mujur gabungan ini aku boleh terima. Acara terus dimulakan...bagus tanpa ucapan itu dan ini spt lazim program2 agensi kerajaan.

Peserta2 memulakan dengan lagu2 pilihan sendiri (seramai 8 org rasanya). Aku dapat rasa betapa mereka ini lebih bagus dari peserta realiti TV (ini pendapat telinga aku). Tak over dari segi gaya dan persembahan serta sgt fokus pada vokal. Lupa pula barisan jurinya...bukan calang2. Cikgu Siti Hajar, Salamiah Hassan dan Aidit Alfian. Penilaian 100% dari mereka ini (rasanya sebelum ini ada menggunakan vot dari website). Cuma kategori Peserta Popular diserah pada undi awam (adil rasanya).

Untuk 2nd round peserta menyanyikan lagu wajib dari zaman 60an - 80an. Agak malang bagi peserta2 yg dapat lagu2 lama yg tak popular (mungkin Salamiah Hassan je yg tau). Fokus mereka ini hilang. Tetapi bagi 2 kenalan Encik Anuar iaitu Hakim dan Dayana, mereka dapat lagu popular yg evergreen. Nampak macam kelebihan di situ.

Sepanjang program diselang-selikan dengan persembahan 3 peserta Raja Lawak yg sgt talented; pandai menyanyi dan melawak. Dan yg paling best ialah kemunculan Ali XPDC setelah sekian lama. Memang ROCK! Best betul dapat dengar semula lagu Semangat Yang Hilang dan Bunga Angkasa (semasa dia dalam Terra Rossa) from the original artist.

Keputusannya : Aku tak ingat sangat tapi Hakim dapat 2nd place dan persembahan terbaik (mana Bentara Guru bro...sampai last tak nampak pun makcik tu?). Buta2 je dapat RM4000 malam tu dan Dayana (Jangan Lupa Lirik dapat berapa ek?) juara Rm5000. Both of them kenalan Encik Anuar; kenalan sekaraoke tapi aku tak tau sejauh mana rapatnya diorg ni.

End at 12 a.m....kami terus balik tp tak rasa nak balik pun sebenarnya. So at last melencong ke Bazaar Malam di Kajang. Sampai rumah jam 2 am....

Ya...aku mmg tak berapa suka entri ni. Citer pasal pertandingan menyanyi? Bukan jenis aku kot.

Saturday, July 4, 2009

Hepi Besday Alang

Hari ni...besday adik aku yg ketiga. Alang @ Mak Buyung @ Auntie Zaza (kununnn) yg tgh tunggu due bulan ni. Besday ke berapa ntah...26 kot. Walaupun dia lahir sama tarikh ngan Independent Day U.S.A...tak bermakna dia macam org Amareka. Sobab eh dio lahir kek kg. Jerangkang Darat @ Kg. Jongkang yg lotak eh kek Labu, N9. Konfom org Jongkang sbb mmg lahir kek umah atas bukit. Kitorg yg lain lahir kek sepital yer...harap maklum.

Walaupun aku dpat rasakan adik aku ni takkan baca blog ni wlaupun dia ada laptop kat umah dan ade internet connection free yg dia ter'curi' dari umah mana ntah...aku wish dia hepi besday. Semoga panjang umur murah rezeki dan selamat semuanya. Aminnnnnn.....

p.s : besday yg lain2 aku ingat tak ar....angah 2/12, ateh 4/2, amin 13/10, husna 19/5, huda 20/11, walid 14/10 & umi 13/5. Laki aku 13/7.Hermmm... adik2 ipar aku...soriii tak dpt pikap lg. Tp rahmah bulan 6 (tarikh aku tak ingat), Ina 22/9...Farul je la aku tak tau.Boleh tahan gak info yg aku ada. Tapi aku bukan nak bagi hadiah ponnnn....nak celebrate pun dh tua2 bangka ni baru pandai. Masa kecik2 dulu tak tau pun menatang besday2 nih.

Sekian tima kasih.

Friday, July 3, 2009

Do's and don't when u want to have a BBQ party

Do's

1. Marinate everything at least 2 hours before.
2. Start to burn the charcoal one hour before.
3. Use the cheap charcoal as it can burns easier than the expensive one.
4. Ask your friends to come early so that you will not be alone while preparing the charcoal (unexpected thing can happen).
5. Buy more fire starter...the more the merrier.


Don't (only 2 don'ts but please pay attention)

1. Do not use the expensive charcoal..pretty from the ouside but it's soooooooo hard to burn.
2. Do not use kerosene (a.k.a minyak tanah / minyak gas) to start THE FIRE....or else you will start A FIRE. Why? You still want to know why.... Ok read this...


Minyak tanah (bahasa Inggris: kerosene atau paraffin) adalah cairan hidrokarbon yang tak berwarna dan mudah terbakar. Dia diperoleh dengan cara distilasi fraksional dari petroleum pada 150°C and 275°C (rantai karbon dari C12 sampai C15). Pada suatu waktu dia banyak digunakan dalam lampu minyak tanah tetapi sekarang utamanya digunakan sebagai bahan bakar mesin jet (lebih teknikal Avtur, Jet-A, Jet-B, JP-4 atau JP-8). Sebuah bentuk dari minyak tanah dikenal sebagai RP-1 dibakar dengan oksigen cair sebagai bahan bakar roket. Nama kerosene diturunkan dari bahasa Yunani keros (κερωσ, malam).

Biasanya, minyak tanah didistilasi langsung dari minyak mentah membutuhkan perawatan khusus, dalam sebuah unit
Merox atau hidrotreater, untuk mengurangi kadar belerang dan pengaratannya. Minyak tanah dapat juga diproduksi oleh hidrocracker, yang digunakan untuk memperbaiki kualitas bagian dari minyak mentah yang akan bagus untuk bahan bakar minyak.

Penggunaanya sebagai bahan bakar untuk memasak terbatas di
negara berkembang, setelah melalui proses penyulingan seperlunya dan masih tidak murni dan bahkan memilki pengotor (debris).

Avtur (bahan bakar mesin jet) adalah minyak tanah dengan spesifikasi yang diperketat, terutama mengenai titik uap dan titik beku.

We don't have to be a Robert Rainford to prepare a BBQ party...but still we have to be careful.
SORRY, ADIOS & PEACE
Apa pun party memang best bangat. Mana gambar?

Wednesday, July 1, 2009

KECELARUAN IDENTITI

AKU SEDANG BEREKSPERIMEN. NAK TUKAR WAJAH BLOG NI TAPI ASYIK TAK KENA JE RASANYA.

HERMMM...

Friday, June 19, 2009

KISAH TAK BERTAJUK SATU

N3 ini akan jadi panjang. Asbab : Aku tak tau apa aku nak tulis sebenarnya. Inilah kelebihan blog kategori hiburan semata-mata. Kita mula di mana-mana, dan akhir pun di mana-mana.

Kisahnya mungkin mula dgn anniversary aku. Dan mungkin ia akan jadi kisah lain sbb n3 ini aku akan ubah2 ikut rasa.

Berkenalan? Hermmm....aku berkenalan masa tahun 2000. Aku part-timer kat sebuah company barangan kesihatan yg beroperasi di Taman Melawati. Jadi promoter tapi yg bestnya kitorg anjurkan satu kempen di Taman Keramat. Hampir 3 bulan gak aku bagi talk kat peserta2 yg terdiri dari komuniti di kawasan tu. Setiap hari...kami bergilir-gilir bagai talk pasal kesihatan dalam sebuah dewan di hadapan hampir 50 orang peserta dan buat pemeriksaan kesihatan yg asas.

Suami aku bukanlah terlibat secara langsung dalam program tu. Bukan peserta dan bukan juga staf company. Dan masa tu aku masih merempit dengan ex-BF. Cuma pada satu masa, company anjurkan majlis sempena Hari Raya Haji, ada la makan2 sikit di warehouse company di Taman Medan, PJ.Dan ada pulak jemputan kumpulan rebana perak dari kawasan tu. Semuanya pakcik-makcik dalam 12 orang kot. Tetiba...masa tu aku & Meen (hola!) terpandang la sorg mamat dalam grup tu.Ape ke hal lak mamat tu ada dlm grup org2 tua tu..main rebana plak tu!Tak sesuai....

Tapi disebabkan aku dan Meen je kategori bunga kat situ, mamat tu mula la tersengeh-sengeh kat kitorang.Ada la sesi sakat-menyakat dan usha-usha...kehkehkehekeh (macam bongok je).Alah tapi abis situ je la...maklumla kitorang kan student Law yg ada kelassss....kununnnn la sangat.

The next day aku dapat call di HQ Taman Melawati..nak cakap ngan aku.Namanya Anuar...anuar(?)Sape?Boipren rempit aku nama lain.....sape plak la ni (masa tu ada ciri-ciri perasan + miang2 sket). Bila dah diterangkan baru la aku tau....ooooo mamat rebana semalam.

Antara soalan yg ditanya....

"Awak ni adik Ayu ke?"

Aku balas...

"Ayu? Mana punya awek la plak Ayu tu...."

Maka dia pun explain dgn poyo....

"Ayu tu bekas makwe saya...dulu dia keje kat company ni gak la. Rupa awak cam dia. Ingat adik dia la...."

Aku pun dengan berlagak jawab....

"Alo brader....adik awek lu, lu tak kenal ke?Bila masa plak aku ada akak nama Ayu...sorry salah org".

Dia plak ngan gaya kunun hero jawab....

"Eh ye ke....tu la. Setau saya Ayu tu takde adik".

Aku pun apa lagi....

"Dah tau camtu apehal lak lu cakap aku ni adik Ayu?Adik tiri ke hapa?".

Dia plak...

"Ala jgn la marah. Tak elok la pompuan cakap camtu".

Makanya.....

Aku pun letak tepon (hempas?)...Pantang betul aku ntah mana datang umat nak cakap apa elok apa tak elok kat aku.

Habis la kisah hari tu............nanti aku sambung lagi.

CURI LAGI

Aku mencuri lagi hari ni...Curi masa dan line internet di opis utk update blog. Sebab hari ni anniversary aku yg ke-6.Takde celebrate apa2 pon cuma malam ni kitorang nak pegi tgk live band kat Bukit Bintang (kalau takde aral melintang)...

So pejam celik dah 6 tahun aku jadi bini orang. Up and down teramat lah banyak. Jarak umur aku ngan En. Anuar 7 tahun jadi cara berfikir kitorang ada sikit perbezaan...ye lah..masa aku darjah 1, dia dh tingkatan 2. Masa aku SPM, dia dah 24 tahun..hahahhaa...cam kelakar je. Takde la aku ni kenal dia sejak aku darjah 1, saja seronok2 kira.

Anyway ini bukanlah n3 sebenar aku.Ini cuma nak pastikan anniversary aku diabadikan dalam blog ni. For future reference...pala hotak aku!

PEACE....

Wednesday, June 17, 2009

MAKAN JANGAN TAK MAKAN

Satu lagi link yg seronok dibaca :

http://foodcaloriescount.blogspot.com/2008/02/come-count-our-food-calories.html

STREAMYX GUA BAKAL KEMBALI

Selepas hampir 2 bulan Streamyx aku blocked sebab nak pindah rumah...finally this month aku akan memilikinya kembali................

Hahahahahahhaha

Monday, June 15, 2009

Baca Jangan Tak Baca

1. Heheheeh...entry di bawah telah membuktikan memang banyak blog yg dalam kategori "hiburan semata-mata".

2. Ganasss? Takde maknanya............

3. Sape la kawan aku yang malang tu (tapi kawan ni memang wujud).

4. Korang rasa perbualan tu wujud ke.

5. Perbualan sebenar yg telah diolah supaya lebih menarik.