Monday, May 18, 2009
Aku kena tag? Kena jawab jiwang-jiwang gak ker....?
If I can drive now I will not be around because I'll be somewhere else!
Hahahahahahaha gelak ramai-ramai.
LAPAR giler nih.
Camner ek?
1. Bila nak tegur jiran baru?
2. Nak sembang apa ngan diorg?
3. Bila nak explore area rumah aku?
4. Diorg dh ada persatuan penduduk ke? kalau ada sape ketua?
5. Bila rumah sebelah-sebelah aku ni nk ada org duduk?
6. Gamaknya sape la jiran terdekat aku?
7. Kalau naik tangga dari bawah sampai tingkat 9 penat tak?
Hermmm...camner ek?
Thursday, May 14, 2009
JANGAN BUAT LAGI - PEACE FOREVER

Semalam 13 Mei ada dua benda penting berlaku dalam hidup aku. Satunya semalam ialah birthday Umi. Disebabkan kami adik-beradik tak dibiasakan celebrate birthday, seperti biasa En. Anuar jadi party planner. So satu majlis yg kecil diadakan kat umah aku malam itu. Ateh belanja brownies Secret Recipe (ok la tuuuu...) pastu aku ngan alang wat potluck lauk.
Perkara ke2 - aku pergi interview jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Aku pun tak sangka aku akan dipanggil sebab senario biasa di UPM, seniority yg utama...aku pun tak kisah sangat. Mungkin ini peluang aku untuk mengetahui apa yg perlu. Macam yg dijangka, calon2 lain semuanya old-timer yg rasanya dh berkhidmat more than 15 years. So...di manalah aku gamaknya. Takpe at least peluang dh mula terbuka.
Sekian
Monday, May 4, 2009
MENCURI dan PINDAH BALIK KAMPUNG
Umah aku : x-x-x BLOK D, Jalan 5C/5, Bandar Baru Bangi
Umah parents aku dan alamat IC aku : xxx, BLOK D, Jalan 6C/2, Bandar Baru Bangi
Dejavu
Friday, April 10, 2009
TABUNG AKU BESAR
Blah la korang jgn nak tipu aku!Wednesday, April 1, 2009
ICREM4 - Meeting Challenges of Global Research & Education in Mathematical Sciences

Thursday, March 26, 2009
JANGAN LUPA TUTUP LAMPU

MASA : 8.30 MALAM HINGGA 9.30 MALAM
TINDAKAN : SWITCH OFF YOUR LIGHT
BERSAMA-SAMA MENJADIKAN DUNIA LEBIH SEJAHTERA UNTUK MASA DEPAN

Monday, March 23, 2009
FAMILY DAY (AFTER 6 YEARS)
Apa2 pun tahniah la untuk AJK yg telah merealisasikan impian warga INSPEM untuk ber'family day'. Rasanya Cik Wanie dah masukkan gambar dalam web...jenguk2 lah ye.
Monday, March 16, 2009
Akademi Fantasia 7
Siangnya aku telah menyertai program riang-ria anak gergasi; yang pastinya akan diceritakan secara detail oleh Cik Mek dan tak perlulah kiranya aku mengulang cerita yang sama di sini.
Balik rumah hampir jam 6 petang (ye ke?)...dan masak2 sebab aku isteri solehah (kahkahkahkahkah). Hari hujan renyai-renyai menjadikan aku isteri solehah yang malas. Lepas masak dan makan aku pun ala-ala adjust utk menonton tv...nak basuh kain tak sesuai sebab hari hujan (ada kaitan ke?). Encik Anuar plak sebok bersiap untuk pertandingan karaoke. Aku malas nak ikut sebab hujan, dan sebab tempat dia nak pegi tu ramai org dah pencen dan veteran dangdut.
Makanya aku pun duk la depan tv (ehhh LCD laa...
Aku sms pada sume org tetapi aku dapat reply tak berapa cerdik cthnya dari Cik Mek - Kak Zah payungkan je la pemancar astro kak zah tu...apa daaa. Cik Matahari plak sebok citer jalan nak masuk umah dia banjir. tak relevan langsung.
Aku dapat gak tgk konsert AF 7 yang pertama ni time peserta ke 2...huhhhhhhhh...tapi mood dah potong la.
WALAUPUN UMAH AKU HANYA BEBERAPA KILOMETER DARI ASTRO (BANGUNAN ASTRO TU TAU), TAPI AKU TETAP ALAMI GANGGUAN SIARAN BILA HUJAN. ABISSSS...NAK SUH AKU PINDAH DUK DALAM ASTRO TU KE HAPA? SEKIAN. ITU JE LAH YANG AKU NAK CITER.
Thursday, March 12, 2009
PENAGIH KAFEIN (SERIUSSSSSS.......) dan lain-lain
Post ini sebenarnya dicetuskan oleh bos aku (ex-bos kot...) iaitu Puan Zurita Ismail yang merupakan salah seorang AJK Tertinggi Persatuan Penagih Kafein (kehkehkehekeh) yang masih belum didaftarkan. Gambar di atas ditujukan juga kepada semua ahli persatuan dan sila jawab 3 soalan berikut dengan tepat :
1. Di manakah lokasi gambar diambil?
2. Air apakah di dalam cawan itu?
3. Siapakah penyumbang paket 3 in 1 yang digunakan?
-------------------------------------------------------------------------------
DUA
Oooooo...korang g jenjalan tak ajak aku ek. Nampaknya cha cha dah ambil alih posisi aku nih. Nasib baik mama Cha Cha AJK Tertinggi persatuan di atas...dan nasib baik juga aku dh isytiharkan tahun ni aku nak jadi isteri solehah (kuikuikuikuikui). Korang tak caya? Tahun ni aku masak tau (selain masak air)...hari2 lagi. Kehkehekehekeh......
-------------------------------------------------------------------------------
TIGA
Aku dan sakit pinggang - adusss rasa cam dah tua sangat jek. Mana ntah datangnya punca sakit tu. Agaknya sebab aku aktif sgt ngan aktiviti persatuan di atas (sekali lagi) kot. Mula-mula cam tak rasa sgt, tapi seminggu ni macam giler mengganggu. Kak (Dr) Situt suh aku scan, tapi rasa cam malas je. Tunggu ar appointment 24hb nanti.