Monday, January 26, 2009
Apa-apa aje....
Sunday, January 25, 2009
Friday, January 23, 2009
SKT - Penilaian Yg Pasti?
1. PYD - Pegawai Yang Dinilai; iaitu kakitangan yang dinilai.
2. PPP - Pegawai Penilai Pertama; iaitu pegawai atasan yang menyelia secara terus kakitangan yang dinilai.
3. PPK - Pegawai Penilai Kedua; iaitu Ketua sesebuah organisasi atau pun BIG BOSS.
AJL 23


18 Januari 2009.... aku & En. Anuar telah meluangkan masa berdating (yo lah tu)...utk menonton Anugerah Juara Lagu ke 23 di Stadium Putra Bukit Jalil. Ini kali kedua kot (last time tahun 2007 rasanya). Bukanlah atas dasar minat pada mana-mana penyanyi, tapi kebetulan dapat pas masuk dan ada kelapangan. Ramainya rakyat Malaysia masa tu. Teruja belaka semuanya.Wednesday, January 14, 2009
.....2009....
The next day....2nd January agak mengecewakan. Mood aku nak mulakan tahun baru bekerja, dirosakkan bila rumah aku kena pecah. Tension aku...laptop kesayangan aku hilang, beg dokumen rumah baru dan wallet Encik Anuar. Arrrggggghhhhh....dh la hari tu aku kena out-station g Melaka. Apa pun, mungkin bukan rezeki kami, redha walaupun agak terganggu sepanjang minggu.
Kerja macam biasa...masih lagi dihantui ISO dan audit RU. Aku dapat rasa betapa saban hari aku bekerja di institut ini, semakin kurang motivasi diri aku. Mungkin kerana tidak pernah ada kelainan di sini. Benda yang sama setiap tahun, tiada retreat, tiada benda2 yg segar, dan semakin lama maka banyaklah perkara2 yg akan menimbulkan rasa tak puas hati.
Aku amat berharap tahun ini aku akan melakukan sesuatu yang baru dalam tugas aku. Aku dah penat dengan benda2 remeh-temeh yang tak membantu minda aku utk berkembang. Mungkin tahun ini aku akan mulakan langkah yg lebih drastik dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)....5 tahun bagi aku dah cukup utk menjadikan aku muak dan jelak dengan pengabaian keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat kerja aku.
Sunday, December 14, 2008
Cemerlang & Inovasi
Tahun ini buat kali kedua juga; selepas anugerah 2005, aku terima lagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan (peringkat institut). Kalau ikut kriteria, ibarat macam aku nih dah menyumbang idea pada institut la. Ape ek? Kalau dah dua kali dapat maksudnya 2 kali gak la aku dah sumbangkan idea. Serius aku nak tau ape idea aku yang dah digunapakai kat institut ni. Ape je keje aku? Panggil kontraktor maintainance, rekod aset, jaga pameran..ape lagi ek. Aku betul2 tak tau kat bahagian mana idea aku telah disumbangkan. Hehehehehhehe.....sape nak tolong jawab?
Walau cemerlang mana pun aku di tempat kerja, aku tetap kurang berjaya dalam personal life aku. Aku rasa macam letak hidup aku kedua selepas kerja. Aku tak tau la apesal aku senang sangat ketepikan kepentingan diri sendiri. Bukan aku pegang jawatan besar sangat pun; Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 @ Puan Kerani. Kerani je pun....bukan lawyer ke, pegawai ke, DO ke....hisssshhhh entah la. Aku takut je orang cakap aku ni gile kuasa. Masa aku 1st time dapat Anugerah Khidmat Cemerlang (2005), aku cuak pun ada. Ye la aku keje baru setahun, baru dinilai sekali. Orang yang dah keje berbelas tahun pun belum dapat lagi. Sampaikan aku tak bgtau pun kat umi ngan walid sehinggalah ke saat akhir, sebab aku rasa macam takde apa2. Entah....orang kata anugerah tu idaman ramai. Alhamdulilah sekali lagi tapi mintak maaf sgt2 pada org lain yg sepatutnya dapat tapi di'cantas' oleh aku.
Tuesday, December 2, 2008
BILO KELATE BAH....BILA BKT ANTARABANGSA RUNTUH
