Wednesday, May 14, 2008

10052008 SETTLE SATU HAL


TAKDE MENDE NAK TULIS....DAH SETTLE YG WAJIB.LEPAS NI CITER LAIN PLAK.....

Wednesday, May 7, 2008

Di Dalam Kekeliruan




Minggu ini adalah minggu yg paling sukar bagi aku. Dengan hal2 yg belum selesai aku rasa kekeliruan memang memenatkan.Apa pun minggu ini aku mesti terus teguh..seteguh Gunung Tahan.

Bukit Gantang 10-05-2008

Only Allah knows.

Monday, May 5, 2008

VerSioNs oF LoVe



............PiCk yOur VerSiOn oF LoVe..........

Tuesday, April 29, 2008

Crypto2008


Tak perlu aku explain panjang lebar ttg tajuk tu...yg pastinya ia satu lagi International Conference yang akan dijalankan pada awal bulan Jun nnt. Lokasi ? PWTC, KL. Hermmm...nampak cam dekat tp bg yg akan mengalaminya taulah macam mana. Bunyi glamor la...sbb international conference tp kategori teknikal cam aku nih, tetap berpeluh-peluh beb. Tapi ye lah...imej tetap kena jaga hehehehehe. So pastinya satu tema dah dipilih; iaitu oren + hitam. Sensasi betul....

Setakat ni belum lg terasa bahangnya sebab teknikal selalunya akan mula panas seminggu sblm hari kejadian. So kawan2 seangkatan..get ready lah yer dgn kemungkinan2 yg biasa. Kali ni takyah la nak ngamok2 lagi dah sebab dah tau dah situasi camner...

Dengar cerita tiada parallel session dan poster, so kuranglah sikit. Tapi nnt nak tido mana ek...paling dekat pun Pan Pasific Hotel...mahalnyer....Takpelah, kalu ade complimentary room ok gak.Kalu takde..kena la kuar duit sendiri. Sangap2...

Bila Bos Tiada...

Bila bos tiada
Semuanya sama...
tak kira siapa
Ada yang ketawa tanpa punca
senyum sumbing hati suka
Datang lambat asal jgn merah sudahlah
Pergi bank pejabat pos
Beratur lama pun ok saja
Terus lunch makan lambat sikit takpe
Tapi tak mengapa...
Bos tiada pun tak lama
esok lusa bos akan kembali jua
Kerja macam biasa
mungkin lebih dari sebelumnya

Sekian.....

Terasa mcm nak makan sundae McDonald. Dah dapat dahhhhh..

Sunday, April 27, 2008

Another Weekend of April

Here comes weekend...hujung minggu adalah hari2 di mana aku perlu mencoraknya agar ia tak bosan dan penuh terisi.Selalunya kalau tiada pilihan sudah tentu ke ofis, tp nampaknya minggu ini tiada keperluan...So tengahari smlm aku rasa mcm nak memasak (which is not my favorite thing to do).Around 10 am pegi Giant beli brg2 skit, then balik terus masak.Disebabkan aku tak suka masak sikit2, so I'm cooking in a large portion and called my adik-beradik to join me for lunch. Menu...siakap 3 rasa, sup sayur, ayam goreng, sambal belacan..yum..yum....itulah penangan for almost a month tak masak.


Anyway weekend selalunya membuatkan aku rasa nak makan macam2...lepas kemas rumah apa yang patut selalunya aku bacalah apa2 yg aku belum habis baca...tgk CSI back to back from 12 -3 pm dan pastu tak tau nak wat ape. Sedapnya kalau dapat makan coklat ker...burger ke..pizza ker...dulu2 aku selalunya layan selera aku gak, esspecially fast food leh call delivery jer.Tp skrg ni dah malas.Bila teringin tu wat tak tau jer....mmg aku selera boleh tahan pun...harharharhar...Tp kengkadang aku suka nk berjalan-jalan..pagi td patutnya aku nk tgk adik aku kat pertandingan memancing tp terbabas kul 10 baru bgn...hehehehe tak sesuaiiii......


Hari ni aku sebenarnya bercadang nak browse pasal PCOS (Polycystical Ovarian Syndrome) which I was diagnosed few month back and get ready for my next appointment at Hospital Serdang on June. Dan satu lagi nak siapkan bunga penanggah utk my sis and bro wedding this coming June.

Adios

Friday, April 25, 2008

Aku Pun Ade Blog la Wehhh

Celik IT = IT literate...hehehehhe..ramai kengkawan yg kenal aku dari asal-usul mmg tak caya aku leh ade blog sendiri.Tau la aku nih kan dulu2 mmg takde perasaan langsung ngan IT ni.Anyway ok lah tu....

Sebenarnya ari ni aku nak declare satu keputusan yg aku dah buat setelah fikir masak2....inilah antara keputusan yg paling kritikal g aku kena buat dm tempoh setahun dua ni.Ye lah aku bukan jenis org yg terlampau banyak pikir pasal masalah2 dan konflik dalaman nih.Tak amik pot sangat la kiranya.Tak kuasa aku nak menyesakkan kepala otak aku nih.Pengalaman mengajar beb...life is easy if we make it easy but it can become harder if we keep thinking about problems and how to solve the problems.Hahahaha suka la aku merapu cakap omputih nih.

Back to my declaration...aku dgn ini dah wat keputusan bahawa aku akan terus bekerja di INSPEM selagi aku diperlukan dan selagi ade kemampuan (tp harap2 jgn la sampai pencen).Banyak risiko...tp kat mana pun ade risiko.Bukan aku keje kat lautan bergelora pun kan...Kat mana2 pun nnt ade gak yg aku tak puas hati.Pasal nak sambung belajar plak, sebenarnya takdelah masalah besar sbb kat sini mmg bz tapi tu semua atas kemahuan kita.Pandai2lah nak adjust...kalu pandai adjust berehhh belako.

So untuk menambah keyakinan bahawa keputusan aku ni betul...maka aku wat satu senarai ttg apa yg aku suka dan pengalaman kat INSPEM...versi ikhlas hati nyer nih.

1. Staff kat sini baik2 belaka..leh cakap jerit2, gelak ramai2, makan ramai2, marah ramai2, gosip ramai2.... (kat depan aku la, kat blkg2 aku tak kesah sgt).

2. Aku leh kowtim (camner nak eja nih...paham kot) ngan sume org...termasuklah katering, budak aircond, akak2 PA institut2 lain, ngan Apak aku [abg Sabri (?)] dan saper2 lah lag sukati aku je nak mintak tolong ngan diorg.

3. Banyak ilmu baru yg aku belajar kat sini cthnya : nak typing equation, guna publisher, wat editing (sket2 laa..), deal ngan MOSTI, jaga aircond, celik IT, wat air utk meeting, beli kuih utk meeting, susun (susun tau...bukan buat) agenda mesyuarat, guna kamera, sikit2 setting peralatan AV/PA system, tau pasal research grant, sistem FAMS dan terbaru aku wat wiring (?)..alaaaa baru belajar susunan wayar jer.Wiring gak la tu kan?

4. Yang terpaling aku suka ialah leh g KLCC/PWTC tolong handle pameran,amikkan award yg mmg bukan aku nyer,makan2 kat restoran PELITA, minum2 nescafe mahal pastu leh claim. Berapa org leh dpt cmtu?Tp 1st day kena bangun awal giler nak mamposss...

5. Pastu selalu dapat g duk hotel free (kena wat keje la) sbb organize bengkel, seminar, kursus dan conference (international lg...)...berlagak jd urusetia pakai walkie-talkie, baju sama syok sendiri, tangkap (menangkap dan ditangkap) gambar pastu sumer org pandang mcm best je minah nih....hehehehehe.

6. Dapat jumpa ngan org2 pandai seluruh dunia (walaupun aku tak tau pun apa kepakaran diorg).Russia la, Iran ngan Iraq takyah citer la kann...USA, Canada, Switzerland, Indonesia, Vietnam, Italy, Brazil, Singapore, Thailand, Jepun, Uzbekistan, China, India, Bangladesh, Australia, New Zealand, Holland, Pakistan, Turki, Norway...Tak caya?Tgk ar website opis aku!

7. At one time aku kena tunggu sorang peserta dari Taiwan kat balai ketibaan KLCC,pegang signboard nama dia pastu tunggu berjam2...tp tak sampai2.Korang pernah wat ker?

8. Kalau nak tau sumer penerbitan (buku ke, jurnal ke...) kena hantar kat library negara utk simpanan tp kaunter dia kat Wisma TH Celborn.

9. Meeting Jemaah Pengarah telah mempopularkan cara hidangan Mesyuarat Menteri Kabinet (single plated serve) di INSPEM.

10. Keje kat sini aku berjaya mengembangkan koleksi kasut dan baju aku sbb tiap kali ade program laki aku dah tau..konfem kena beli baju ngan kasut baru.

Last but not least aku suka sbb bos aku kat sini sebenarnya yg telah melatih aku (men"terpaksa"kan) aku supaya jd org yg gempak walaupun jawatan aku hanya PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) gred N17. Tertekan mmglah beb tp bila pikir balik...aku jd lebih baik, bukan jd lebih tak baik pun. Ok aper...Tapi kalu nak tau la kan...training awal aku dapat dari pengalaman keje kat Kolej 10 dulu.Keje 24 jam beb!


Yang aku tak suka pun ader gak tp let make everything positive...watpe la nak citer mende2 tak elok (ilangkan kunci..?). Merosakkan kita jer...

Jadi bersyukurlah sebab aku berada di sini...berkembang sket minda aku. Go Joy go!!!!!

Thursday, April 24, 2008

Duit,Masa dan Makan

Hendak mengumpul duit mmg susah...walaupun masa kita dihabiskan untuk terus mencarinya.Bagi yang makan gaji, pastilah akaun berisi setiap hujung bulan (walaupun sekadar utk seminggu).Tapi bg yg bekerja sendiri, walaupun mungkin sentiasa berwang ttp penatnya mungkin tidak sepadan...atau mungkin juga sebaliknya?.
Dan bila dh dapat gaji, selalunya kita lupa yg kita perlu menyimpan...ptg gaji masuk malamnya dah mula plan makan besar...itulah budaya kita(?) sekarang ni.Esok plak bayar bil2 dn hutang2...lebih sket g shopping.Simpan kalau ade lebih lagi (itupun pastinya dah teramat sikit!).Bagi yg ade kad kredit, saat ini dh mula declare emergency (sbb masa apply janji dgn diri sendiri, guna bila "emergency"). Yg takde kad kredit plak...apa lg korek ASB atau pun ikat je perut.Pastu wat le cite menyedapkan hati..."boleh la kurus skit"...
Terpulang pada kita utk mencorak kewangan kita...jgnlah sudah terhantuk baru tengadah.


*smile*

Wednesday, April 23, 2008

Renjis-renjis Dipilis,Ditepungilah Tawar


Musim kenduri kahwin dah tiba...menjelang Mei sehingga Ogos jemputan hampir setiap minggu.Tambahan pula sekarang ramai mengadakan kenduri pada hari Sabtu, berbanding dulu hanya menunggu hari Ahad dan cuti sekolah.Ada pulak yg mula perkenalkan budaya resepsi...majlis di dewan kadang-kala dinner bukan makan tengahari spt kelaziman.Cara hidangan sudah tentu buffet tak kiralah masaknya gotong-royong atau katerer sahaja.Penanggah?Masih ade bg yg masak sendiri,tp kalau guna katerer..pastinya semua masuk dlm pakej.Hermmmmm....mudah la,tp wangnya pun mesti kencang.

Aku yg dah melalui zaman kenduri kahwin hampir 5 tahun...macam baru jer kan?Tapi aku rasa banyak yg berbeza sekarg.Jgnkan pasal wang hantaran (aku dulu tak tinggi pun...sampai ramai org tak caya),bilik pengantin,khemah,makanan semuanya dah lain.Macam2 style ade.

Tapi di sebalik semua ni, cuma satu je point aku.Jangan sampai ade yg tertekan,terpaksa,terasa dan makanhati terutamanya keluarga kita.Bagi aku, si pengantin cukuplah menguruskan diri sendiri.Jgnlah sampai menu kenduri pun nak masuk campur...itu urusan org dapur.Dah pasti semua kerja2 kendara ni ade ketua atau kepalanya.Jgn masuk campur urusan2 tu...malah di tempat aku yg masih sedaya upaya mengekalkan budaya gotong-royong,tuan rumah pun hanya cukup sediakan keperluan belanja sahaja.Tak perlu bersusah di dapur ke hulu ke hilir kerana sudah ade yg pakar dalam hal tu.

Sesungguhnya ketika walimatul urus inilah kita rapatkan semua ahli keluarga, jiran tetangga malah musuh pun wajar dijemput ke majlis kita...seramai mana tetamu datang sebanyak itu jugalah dosa kita dibawa pulang oleh mereka.Tak perlulah ade klasifikasi...VVIP lah,VIP lah...cukup sekadar ada satu ruang mungkin bg memastikan kehadiran mereka2 ini berjalan dengan teratur.Apa salahnya buah tangan yg sama diberikan pada semua org.Inilah budaya yg kadang2 aku sendiri tak boleh nak terima.

Apa pun,zaman berubah...semoga yg baik akan terus kita kekalkan dan yang baru biarlah lebih baik dari yg sedia ada.

Sunday, April 20, 2008

MArah Bebb......Bukan MErah

Membaca blog HZ- Frequent Seas membuat aku rasa tak kena...kenapa?Ade benar dan mungkin ade juga yang.....
Aku,Ida,Fairuz,Wanie, Feziul dan Ita...dari hari Ahad seharian sampai ke malam,sambung plak Isnin pun sampai ke malam. Aku tak tau ape yg diorg fikir..macam mana diorg manage. Setiausaha program ntah ke mana...org lain apa tah lg!

Seharian Ahad aku, Ida,Fairuz dan Feziul angkat display board dari ofis bawa ke tempat kejadian, buat wiring spotlight (ilmu baru dari Fairuz) bagai nak gila. Bertuahlah ade Fairuz,PAR yg bekerja sepenuh hati, Ida pegawai sains yg sanggup berhempas-pulas dan Feziul pemandu yg boleh bantu mcm2 kerja. Wanie sibuk di syurganya menyudahkan presentation multimedia yg asyik kena edit. Wanie..dia kerja tiap2 hari sampai tgh mlm sorang2, siapa yg tau? Tanya pun tidak...

Ptg Isnin masih lagi kami inilah...org lain masih tiada. Ntah mungkin ade kesibukan lain. Kak Sal sebok di Fakulti set up makmal...mungkin menjelang Selasa baru clear semuanya. Ita yg dah beranak kecik tu pun stay sampai malam siapkan ruang pameran.Yg sebok memuji dan kesiankan kitorg cuma Abang Abu yg jaga dewan tu. Hermmmm...nak wat camner kan? Sedih sgt sebenarnya, bak kata Ita agaknya kita je kot yg sebok nak sambut ulangtahun. Dan sekali lg...siapalah yg tahu kannn?

Nak mengadu? Ngan siapa? Ntah...

Isnin malam tu kitorg angkut plak sofa VIP dari dewan sidang bawak ke dewan makan...angkut pokok bunga dari ofis. Dan akhirnya tghari tu sofa tu tak digunakan pun spt yg dirancang. Petang Isnin kitorg jugak yg tunggu katerer set up semuanya. Apa lak kena-mengenanya kitorg ni ngan katerer..mana yg in-charge makanan? Pinggan-mangkuk sumbing, sudu bercampur-aduk coraknya.Nnt kalau masalah, saper yg kena blame?Dah agak dah saper...makanan bersemutlah...tak proper lah...whatever gasaklah situ.

Masa hari kejadian, ramailah plak yg tersengih-sengih. Ehhh....ramai staf rupanya.... Aku dah tak boleh bercakap sbb macam2 dlm hati nih. Aku tau yg lain pun camtu....so mungkinlah ade saper2 yg paham kenapa kitorang pakai black+red hari tu. Lunch ulangtahun aku tak makan langsung sbb hati aku sebak+marah. Tak siapa tanya punnnn....

Dan teruslah program...habis di dewan sambung sessi di makmal...Kak Sal mmg full-time kat sana. Yelah dah memang kepakaran dia pun.Dan setiap kali sessi top-up gula-gula ngan air mineral...jaga makanan supaya takde outsiders melantak dgn selambanya....Hari Rabu tghari mencelah plak ke dewan buka semula display board, hantar balik ke ofis dan pasang semula.Huhuhuhuhu...nasib baik Allah kurniakan kitorg tenaga lebih.

Mungkinlah masing2 ade kesibukan yg agaknya aku tak nampak...dan aku dan beberapa org itu bukanlah jenis yg suka mengarah itu ini dan meminta-minta tolong.Sepatutnya TOLAK-ANSUR DAN TOLONG-MENOLONG itu dtg dgn sendiri kan?

Dan sesungguhnya bekerja di sini mengajar aku menjadi lebih kejam dan keras hati...TERIMA KASIH KEPADA MY RED&BLACK TEAM MEMBERS DAN SUAMIKU SAYANG YG MERELAKAN ISTERIMU INI BEKERJA SEHINGGA LEWAT MALAM setiap kali ade program di ofis. Dan semestinya kepada Allah SWT yg mengurniakan aku tenaga dan kekuatan untuk terus menabur secebis bakti sebagai marhaen di pentas cendikiawan ini....Apa saja yg aku buat cumalah utk kepuasan aku.

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.