Monday, March 21, 2011

Pantun Mari Bekerja



Letak hantaran di dalam dulang
Susun cantik di atas meja
Hari Isnin hari cemerlang
Bangkitlah semangat kita bekerja


Hendak ditegak benang yang basah
Manakan boleh dipaksa-paksa
Semua kerja memanglah susah
Barulah manisnya boleh dirasa


Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Waktu kerja biarlah lasak
Minda jangan sayu-sayuan

1 comment:

  1. bunga melur bunga raya
    cantik dipakai si dara sunti
    malasnya rasa nak bekerja
    gara-gara terlampau puas bercuti

    ReplyDelete

Ade berani mau crita?