

Politik : Seminggu dua ni kisah lompat-lompat, mohon derhaka dan saman-menyaman penuh di mana-mana. Suratkhabar, blog, berita tv, berita radio, internet, kedaikopinet, kaunter opis dan etc...etc..etc..Tapi aku paling suka (bukan bermaksud apa2) cara tulisan dalam http://www.chedet.cc/. Try la tengok. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. So tunggu je la sape yg terjatuh; maka dialah tupainya! Atau nak jadi katak? Pilih la....

Raja Lawak musim ke-3 : Last Comic Standing versi Malaysia. Musim ni ada 2 peserta wanita tapi satu dah terkeluar. Malaysia bakal menyaksikan barisan2 pelawak yang muka ala-ala boleh jual selepas Nabil Raja Lawak musim ke-2. Hermmmm...lawak ke? Ntah la. I'm sorry...

Upin & Ipin : Dah masuk panggung 12hb lepas. Bila gamaknya nak tengok. Macam best je, sebab krew produksinya budak2 muda dan ada support dari MIMOS (besar tu). Best ker?.....

Central Market : Dulu2 (takdela dulu sangatttt...) aku selalu lepak kat Central Market @ CM tengok baskers dari petang sampai ke malam. Apesal sekarang dah macam malas ek? Manalah brader2 yg selalu melalak lagi sedap dari peserta AF tu? Hehehe.....

Pajeri terung : Hari ni kena masak pajeri terung atas permintaan En. Anuar. Suka la wat kelakar. Takpe masak jer la.
SEKIAN.
Ado seko anak tupai...hehehehe jadi tupai la weh, katok dok comey.
ReplyDelete